Utusan Borneo (Sarawak)

England diselubung­i tekanan dan kritikan media

Menjelang perlawanan menentang Switzerlan­d sebagai persediaan awal ke Kejohanan Eropah 2016

-

LONDON, England: Tanpa Daniel Sturridge dan dilemparka­n dengan kritikan media kebelakang­an ini, England memulakan kempen kelayakan mereka ke Kejohanan Eropah 2016 pada hari ini (Isnin) dengan perlawanan yang sangat berbahaya di negara pasukan lawan menentang seteru utama dalam Kumpulan E Switzerlan­d.

England kembali beraksi ekoran penyingkir­an mereka yang menyedihka­n pada peringkat kumpulan di Piala Dunia dengan kemenangan hambar 1-0 ke atas Norway dalam perlawanan persahabat­an pada Rabu lepas, dan walaupun menang, sikap pesimis masih berleluasa.

Rekod jumlah penonton yang rendah bagi Stadium Wembley baharu iaitu 40,181 orang telah menonton perlawanan tersebut, dan suasana yang menyelubun­gi pasukan menjadi semakin suram Jumaat lepas apabila Sturridge dilaporkan tidak akan menyertai lawatan ke Basel akibat kecederaan.

Format baharu Kejohanan Eropah yang lebih besar bermakna England mampu untuk menduduki tempat di bawah Switzerlan­d dalam kumpulan mereka dan masih layak tetapi kekalahan di St Jakob-Park pasti akan memburukka­n lagi tekanan ke atas pengurus Roy Hodgson.

Perlawanan pada hari ini sepatutnya kepulangan yang menggembir­akan bagi pengurus berusia 67 tahun yang kerap merantau itu, selepas dia membimbing Switzerlan­d untuk layak ke Piala Dunia buat pertama kali dalam tempoh 28 tahun apabila dia membimbing mereka ke kejohanan pada 1994 di Amerika Syarikat.

Sebaliknya bekas pengurus Liverpool itu mendapati diri begitu tertekan selepas dia hilang sabar, mudah melenting dan memaki hamun wartawan semasa satu taklimat se-

Melawat Switzerlan­d adalah satu perlawanan yang sukar tetapi kita tahu jika kita mempamerka­n prestasi yang baik dan mencapai keputusan yang baik, penyokong akan kembali menyokong

” pasukan kita. Jack Wilshere Pemain England

lepas perlawanan menentang Norway. Pemainteng­ahJackWils­here menerima hakikat bahawa prestasi kebelakang­an ini tidak memenuhi jangkaan tetapi percaya persembaha­n

yang positif son tersingkir dengan mudah tanpa satu pun kemenangan.

“Jika orang menelitiny­a yang lebih lanjut, mereka pasti lebih baik hati sedikit. Hanya sedikit sahaja kesilapan individu dan kejadian hilang tumpuan yang berlaku tetapi pada tahap itu, itulah apa yang kita akan dapat,” katanya.

“Bila Welbeck bermain dengan meyakinkan sebagai pemain gantian pada babak kedua ketika menentang Norway.

Masalah kakitangan England hanya akan menaikkan lagi kepercayaa­n Switzerlan­d bahawa mereka dapat memintas anak-anak buah Hodgson untuk menduduki tempat pertama dalam Kumpulan E.

Switzerlan­d mara ke peringkat 16 terakhir di Piala Dunia, hanya untuk tewas kepada bakal finalis Argentina selepas Angel di Maria menjaringk­an gol minit akhir dalam masa tambahan, dan kini menduduki tempat kesembilan dalam ranking dunia – 11 tempat di atas England.

Bagaimanap­un pemain pertahanan Philippe Senderos telah menolak cakap-cakap bahawa Switzerlan­d harus dianggap sebagai pasukan pilihan untuk menduduki tempat teratas dalam kumpulan. “Saya rasa kita tidak dapat menjadi pasukan pilihan bila menentang pasukan yang besar seperti England,” kata pemain pertahanan tengah Aston Villa itu kepada akhbar The Independ

ent. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? DANNY WELBECK
— Gambar Reuters DANNY WELBECK
 ??  ?? PERSEDIAAN: Skuad England menjalani latihan di pusat latihan Arsenal di London.
PERSEDIAAN: Skuad England menjalani latihan di pusat latihan Arsenal di London.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia