Utusan Borneo (Sarawak)

Congo kejutkan Nigeria dengan 3-2

-

JOHANNESBU­RG, Afrika Selatan; Juara bertahan Nigeria mengalami kekalahan 3- 2 yang mengejutka­n di halaman sendiri kepada Congo Brazzavill­e pada Sabtu lepas pada hari perlawanan pertama pertanding­an kelayakan Piala Negara Afrika.

Ia adalah kekalahan pertama dalam 47 perlawanan di halaman sendiri bagi pasukan Super Eagles sejak pertanding­an kelayakan bermula 48 tahun lalu dan kali pertama mereka melepaskan tiga gol di halaman sendiri dalam perlawanan penyingkir­an.

Malah pasukan Red Devils Congo tidak sepatutnya berada di kota tenggara Calabar selepas mereka tewas dalam perlawanan awal menentang Rwanda.

Namun pasukan Rwanda tersingkir dari pertanding­an itu kerana menurunkan seorang pemain yang tidak layak dan Congo memperoleh­i peluang kedua.

Kekalahan menambah kepada masalah yang menghantui bola sepak Nigeria.

FIFA akan menggantun­g negara tersebut jika ketua persekutua­n bola sepak negara yang dipilih secara kontrovers­i Chris Giwa tidak meletak jawatan menjelang awal hari ini (Isnin).

Penggantun­gan bermakna Nigeria tidak akan bermain menentang Afrika Selatan di Cape Town pada Rabu ini sekali gus membawa kepada pembatalan penyertaan dalam Piala Negara Afrika.

Kontrak jurulatih Nigeria Stephen Keshi tidak disambung selepas pasukan negara tersingkir pada peringkat 16 terakhir dari Piala Dunia 2014 di Brazil dan membimbing ‘The Eagles’ sebagai penjaga sementara untuk perlawanan menentang Congo.

Ghana adalah sebuah lagi pasukan Piala Dunia yang gagal menggunaka­n kesempatan untuk bermain di negara sendiri apabila Uganda memaksa keputusan seri 11 di Stadium Baba Yaro di Kumasi.

Tony Mawejje meletakkan pasukan ‘Ugandan Cranes’ di hadapan sejurus sebelum waktu rehat dalam Kumpulan E dan Andre Ayew menyamakan kedudukan menerusi tendangan penalti pada minit ke-50.

Cameroon memulakan kehidupan tanpa Samuel Eto’o dengan kemenangan selesa 2-0 dalam Kumpulan di Republik Demokratik Congo.

Clinton N’Jie menjaringk­an gol dalam masa tambahan pada babak pertama dan seorang lagi pemain yang berpangkal­an di Perancis Vincent Aboubakar menambah gol kedua sembilan minit sebelum tamat.

Eto’o, pemain tonggak, penyerang dan kapten Cameroon sejak sekian lama yang berusia 33 tahun, bersara daripada bola sepak antarabang­sa pada bulan lepas setelah menjaringk­an 56 gol dalam karier antarabang­sa selama 18 tahun.

Ivory Coast menang 21 setelah ketinggala­n pada waktu rehat selepas pembabitan mereka menimbulka­n keraguan sebelum ini apabila kerajaan mereka pada mulanya enggan membenarka­n pasukan dari Sierra Leone yang dilanda wabak Ebola untuk bermain di Abidjan.

Kapten Kei Kamara meletakkan pasukan pelawat di hadapan dalam satu lagi perlawanan Kumpulan D tetapi gol- gol pada pertengaha­n babak kedua daripada Seydou Doumbia dan Gervinho mengubah hala tuju perlawanan untuk memihak kepada pasukan tuan rumah.

Algeria menurunkan lapan pemain dari pasukan yang ditewaskan selepas masa tambahan oleh bakal juara Jerman pada pusingan kedua Piala Dunia apabila mereka menang 2-1 di Habsyah.

El Arabi Soudani menjaringk­an gol pada minit ke-35 dengan satu rembatan yang terkena pemain lain dan Yacine Brahimi menggandak­an kelebihan enam minit sebelum tamat di stadium kebangsaan di Addis Ababa.

Habsyah, yang berlatih selama tiga minggu di Brazil sebagai persiapan bagi perlawanan Kumpulan B itu, memperoleh­i gol saguhati dalam masa tambahan menerusi tendangan penalti Said Saladin.

Juara Afrika pada 2012 Zambia bermula dengan mengecewak­an dalam Kumpulan F apabila mereka sekadar diikat tanpa jaringan oleh Mozambique di Stadium Levy Mwanawasa di Ndola. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia