Utusan Borneo (Sarawak)

Nishikori pemain Asia pertama ke final

Akan bertemu Cilic setelah Djokovic, Federer tersungkur pada aksi separuh akhir

-

NEW YORK, Amerika Syarikat (AS): Ia adalah perlawanan akhir Terbuka AS yang tidak diramalkan oleh sesiapa dan tiada yang lebih terkejut berbanding Kei Nishikori dari Jepun, lelaki pertama dari Asia yang mara ke peringkat akhir Grand Slam dan akan menentang seorang lagi pemain yang bermain buat pertama kali dalam perlawanan akhir kejohanan ini Marin Cilic pada hari ini (Isnin).

Selepas dua pemain pilihan utama Novak Djokovic dan Roger Federer disingkirk­an pada peringkat separuh akhir, perlawanan akhir pada kejohanan ini adalah yang pertama tidak memaparkan Djokovic, Federer atau Rafael Nadal sejak Australia pada 2005.

Ia juga merupakan kali pertama di New York dengan dua pemain yang tampil buat julung kali sejak Pat Rafter menewaskan Greg Rusedski pada 1997.

Tidak hairanlah jika Nishikori masih mencubit diri sendiri ekoran kemenangan 6-4, 1-6, 7-6 (7/4), 6-3 ke atas Djokovic. “Saya sedikit terkejut kerana saya akan bermain dalam perlawanan akhir,” kata pemain berusia 24 tahun itu, yang mara ke peringkat suku akhir Terbuka Australia 2012 untuk mencatatka­n keputusan terbaiknya sebelum ini dalam kejohanan Grand Slam.

Kemenangan­nya ke atas Djokovic, kemenangan­nya yang kedua dalam tiga pertemuan karier dengan pemain nombor satu dunia itu, menyusuli kemenangan lima set pada peringkat suku akhir ke atas pemain pilihan kelima Milos Raonic dan satu lagi perlawanan maraton lima set selama empat jam 15 minit menentang pemain pilihan ketiga yang juga juara Terbuka Australia Stan Wawrinka.

Dia mencapai kejayaan ini walaupun terpaksa menarik diri dari kejohanan Masters di Toronto dan Cincinnati menjelang Terbuka AS bermula untuk mengeluark­an sista dari ibu jarinya, satu masalah yang menyakitka­n dan hampir memaksanya untuk menarik diri dari New York.

“Saya hanya mula bermain untuk mata beberapa hari lalu sebelum kejohanan. Malah saya tidak tahu sama ada saya harus datang ke New York atau tidak, jadi saya tidak menjangkak­an apa-apa sebenarnya,” kata pemain pilihan ke-10 itu. Jika prestasi boleh dijadikan panduan, maka Nishikori dijangka akan mem- bawa pulang kejuaraan kerana dia memiliki rekod 5-2 ke atas pemain Croat berusia 25 tahun itu, termasuk kedua-dua pertemuan mereka pada tahun ini, di atas gelanggang keras di Brisbane dan di atas gelanggang tanah liat di Barcelona.

Bagaimanap­un mereka telah membahagik­an dua pertarunga­n mereka pada masa lalu dalam Terbuka AS, dengan kemenangan Nishikori pada 2010 manakala Cilic menang dua tahun lalu.

“Dia telah bermain dengan amat baik sekali, sangat agresif, tenis yang sangat pantas. Saya tahu dia telah menjadi semakin mantap,” kata Nishikori, seorang daripada ramai pemain yang menggilap kemahirann­ya di akademi Bollettier­i di Florida.

Lelaki Jepun yang bercakap dengan perlahan itu sudah melangkah jauh sejak dia tiba di AS sedekad lalu tanpa mengetahui sebarang perkataan Inggeris.

Cilic sendiri juga telah mengharung­i perjalanan yang sukar sejak setahun lalu meskipun lebih kontrovers­i.

Pemain pilihan ke- 14 berusia 25 tahun itu tidak bermain di Terbuka AS 2013 kerana menjalani penggantun­gan selepas dia didapati positif bagi sejenis ubat perangsang terlarang yang terkandung dalam sejenis

suplemen atas kaunter.

Didorong oleh kemarahan berhubung cara kes itu ditangani, Cilic adalah se-

Saya sedikit terkejut kerana saya akan bermain dalam

” perlawanan akhir. Kei Nishikori Bintang tenis Jepun

orang lelaki yang ada misi selepas dia mengatasi pencapaian­nya yang terbaik dalam kejohanan Grand Slam iaitu peringkat separuh akhir di Terbuka Australia 2010.

Bagaimanap­un Cilic, yang bermain dalam acara Grand Slam ke28 bagi dirinya, tertanya-tanya sama ada waktunya di bawah lampu limpah terbesar akan tiba atau tidak. “Apabila kita muda dalam jelajah ini, kita selalu merasakan bahawa kita ada masa yang cukup,” kata Cilic selepas kemenangan 6-3, 6-4, 6-4 ke atas Federer.

“Kita ada banyak kejohanan Grand Slam. Kita akan bermain dengan baik. Namun bila masa mula berlalu, kita lebih risau sama ada ia akan berlaku atau tidak akan berlaku.”

Cilic, yang dilatih oleh juara Wimbledon 2001 Goran Ivanisevic, percaya perkawanan akhir nanti akan ditentukan oleh pertarunga­n taktik.

“Kei memukul bola dengan amat baik sekali dari belakang gelanggang. Saya rasa saya hanya perlu fokus kepada permainan saya untuk mematahkan sedikit rentak itu dan cuba melakukan servis dengan baik,” katanya. Perlawanan akhir hari ini juga menyajikan stailstail yang kontras di antara Nishikori yang setinggi 1.78 meter dan seberat 68 kg) dengan Cilic yang lebih tinggi 1.98 meter dan lebih berat 82 kg. — AFP

 ?? — Gambar AFP
— Gambar AFP ?? KEMENANGAN BERMAKNA: Cilic memberikan reaksi gembira setelah menumpaska­n Federer pada saingan separuh akhir Terbuka AS.
TERUJA: Nishikori meraikan kejayaanny­a menumpaska­n Djokovic pada saingan separuh akhir Terbuka AS di Pusat Tenis Kebangsaan Billie...
— Gambar AFP — Gambar AFP KEMENANGAN BERMAKNA: Cilic memberikan reaksi gembira setelah menumpaska­n Federer pada saingan separuh akhir Terbuka AS. TERUJA: Nishikori meraikan kejayaanny­a menumpaska­n Djokovic pada saingan separuh akhir Terbuka AS di Pusat Tenis Kebangsaan Billie...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia