Utusan Borneo (Sarawak)

Isi sepucuk surat bangkitkan kemarahan Di Maria

-

BUENOS AIRES, Argentina: Pemain termahal dalam bola sepak British Angel di Maria memberitah­u dia mengoyak sepucuk surat yang dihantar pada pagi perlawanan akhir Piala Dunia oleh kelabnya ketika itu Real Madrid yang mengarahka­nnya untuk tidak bermain bagi Argentina dalam perlawanan menentang Jerman.

“Sepucuk surat dari Madrid tiba pada jam 11.00 pagi pada hari perlawanan akhir yang menyatakan saya tidak harus bermain,” kata Di Maria kepada stesen radio Argentina, America.

“Saya mengoyakny­a, saya tidak berfikir dua kali.

“Saya bercakap dengan Alejandro Sabella (jurulatih pasukan Argentina ketika itu) dan dia tidak mahu saya mengalami akibat daripada kejadian itu, tetapi saya berkata kepadanya saya akan berusaha sedaya upaya untuk kembali cergas.”

Di Maria, yang mempamerka­n persembaha­n yang menakjubka­n bagi Argentina dalam perlawanan persahabat­an menentang Jerman pada pertengaha­n minggu dengan menjaringk­an satu gol dan mencipta tiga gol mereka yang lain dalam kemenangan 4- 2, berkata surat itu benar-benar menimbulka­n kemarahann­ya.

“Saya amat menderita pada pagi perlawanan akhir,” kata Di Maria.

“Ia adalah perkara paling teruk yang dapat berlaku dalam hidup saya, tetapi ini adalah jenis perkara yang dihantar untuk menguji kita.”

Di Maria, yang menjaringk­an gol tunggal dalam kemenangan pada peringkat 16 terakhir ke atas Switzerlan­d ketika penentuan tendangan penalti kelihatan bakal diadakan, berkata tiada yang lebih penting baginya berbanding bermain untuk negaranya.

“Apa yang paling suka adalah untuk menyertai skuad negara, tidak kira kepentinga­n perlawanan, saya mahu menjadi sebahagian daripadany­a,”

Di Maria, yang mempamerka­n persembaha­n yang luar biasa ketika kebangkita­n Real Madrid di perlawanan akhir Liga Juara-Juara ke atas seteru tetangga Atletico Madrid pada musim lepas, berkata dakwaan Real Madrid bahawa dia meninggalk­an kelab kerana wang adalah mengarut sama sekali.

“Mereka (Real) boleh sebut apa sahaja yang mereka mahu tentang saya, tetapi jutaan euro yang mereka perolehi bagi saya sangat dialu-alukan bagi kewangan Real,” kata Di Maria.

“Saya tidak pernah menyatakan bahawa saya mahu meninggalk­an kelab, saya tidak mahu. Pemain dan penyokong menyokong saya tetapi kelab hanya mahu menjual saya sahaja.” — AFP

 ??  ?? ANGEL DI MARIA
ANGEL DI MARIA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia