Utusan Borneo (Sarawak)

Sabah ungguli perahu naga antarabang­sa

-

KUCHING: Pasukan Sabah Tg. Papat dari Sandakan ditabalkan sebagai juara setelah mengunggul­i acara kemuncak Regata Perahu Naga Antarabang­sa bagi kategori 20 Pekayuh Terbuka Antarabang­sa sempena Regata Sarawak 2014 berakhir semalam.

Selaku juara, pasukan tersebut membawa pulang sebuah piala, medal dan juga hadiah wang tunai RM5,000.

Sementara itu, pasukan Nonthaburi Municipali­ty dari Thailand dan Dewan Bandaraya Kuching Utara ( DBKU) masing- masing menduduki tempat kedua dan ketiga dalam perlumbaan itu sekali gus membawa balik hadiah wang tunai RM4,000 dan RM3,000 selain piala dan medal.

Manakala, tempat keempat pasukan Canadian Dragons dari Kanada yang tidak pulang dengan tangan kosong bersama medal dan hadiah wang tunai RM1,000.

Bagi acara 20 Pekayuh Campuran Antarabang­sa, juara disandang oleh pasukan Polytechni­c Singapore dari Singapura diikuti Chinese Taipei dari Taiwan sebagai naib juara dan Filipino Dragons dari Filipina di tempat ketiga.

Hadiah para pemenang disampaika­n oleh Menteri Pelanconga­n, Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg.

Mengenai regata perahu naga, ini merupakan satu lagi produk dalam Kalendar Pelanconga­n yang akan menjadi acara tahunan Regata Sarawak mulai tahun ini.

Sebanyak 11 negara menyertai acara tersebut iaitu Malaysia, Australia, Kanada, Hong Kong, Macau, Brunei Darussalam, Singapura, Taiwan, Thailand, Filipina dan Indonesia.

 ??  ?? Bendera Sabah berkibar tanda kejayaan pasukan Sabah Tg. Papat menjuarai kategori 20 Pekayuh Terbuka Antarabang­sa bagi Regata Perahu Naga Antarabang­sa Sarawak 2014, semalam.
Bendera Sabah berkibar tanda kejayaan pasukan Sabah Tg. Papat menjuarai kategori 20 Pekayuh Terbuka Antarabang­sa bagi Regata Perahu Naga Antarabang­sa Sarawak 2014, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia