Utusan Borneo (Sarawak)

Stadium mini, kolam renang bakal dibina di Permyjaya

-

MIRI: Kerajaan negeri merancang bakal membina sebuah stadium mini yang turut dilengkapi dengan kolam renang awam di Bandar Baharu Permyjaya (Permyjaya) di sini.

Menteri Muda Sukan, Datuk Lee Kim Shin berkata satu kajian dibuat berhubung cadangan tersebut termasuk pembinaan dan kosnya.

“Jika tiada halangan dan diluluskan cadanganny­a, kita akan masukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11),” katanya ketika meninjau keadaan dan keperluan kolam renang awam dan Stadium Miri di sini untuk mengenal pasti kerosakan yang perlu diperbaiki dan diganti baharu kelmarin.

Menurut Lee, stadium mini dan kolam renang itu akan dibina bersebelah­an di satu lokasi di Permyjaya namun beliau enggan mendedahka­n terlebih dahulu sehingga disahkan kelak.

Beliau memberitah­u, sudah tiba masa bagi kemudahan tersebut dibina di Permyjaya kerana keperluan terhadap prasarana seperti itu semakin melonjak dan stadium serta kolam renang awam Miri di Dataran Kipas Miri sedia ada tidak mampu menampung populasi semakin meningkat.

Selain itu, populasi di Permyjaya semakin melonjak secara drastik sejak beberapa tahun kebelakang­an ini melayakkan kawasan tersebut memi- liki kemudahan dan prasarana berkenaan.

Kawasan sekitar dan berhampira­n Permyjaya seperti Tudan, Senadin dan Kuala Baram turut menempatka­n banyak sekolah rendah dan menengah selain kolej serta institut kemahiran dan pusat latihan.

“Kewujudan sekolah dan institusi berkenaan pastinya memerlukan prasarana sukan seperti itu,” katanya.

 ??  ?? TAKLIMAT: Lee (tiga kiri) mendengar taklimat mengenai keadaan dan insfrastru­ktur Stadium Miri yang perlu diperbaiki.
TAKLIMAT: Lee (tiga kiri) mendengar taklimat mengenai keadaan dan insfrastru­ktur Stadium Miri yang perlu diperbaiki.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia