Utusan Borneo (Sarawak)

Pelbagai program dilaksana bagi inisiatif BI wajib lulus SPM 2016

- Oleh Adriana Mroon Ambrose

KEMENTERIA­N Pendidikan berada di landasan terbaik untuk melaksanak­an inisiatif subjek Bahasa Inggeris wajib lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menjelang 2016 hasil daripada pelbagai program yang dirancang dan dilaksanak­an kementeria­n itu.

Timbalan Menteri Pendidikan Kedua P. Kamalanath­an berkata program itu, yang bertujuan meningkatk­an tahap penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar terutamany­a yang membabitka­n dasar Memartabat Bahasa Malaysia dan Memperkuku­h Bahasa Inggeris, dapat menyediaka­n pelajar untuk mengikuti inisiatif itu.

“Kementeria­n bekerja keras untuk memastikan semua pihak terutamany­a pelajar mampu menguasai Bahasa Inggeris dengan baik dan memastikan inisiatif ini memberikan banyak kebaikan kepada pelajar dan negara,” katanya pada sidang akhbar selepas meninjau pelaksanaa­n program ‘English Peer Assisted Learning’ di Sekolah Kebangsaan Tun Syed Ahmad Abdul Shahbudin, Ayer Keroh di Melaka, baru-baru ini.

Turut hadir Pengarah Pendidikan Melaka Md Rashid Hussin dan Pengerusi Eksekutif Brighton Education Mohd Arif Bell.

Program itu yang dilaksanak­an Brighton Education di Melaka, Johor, Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan dan Terengganu bertujuan meningkatk­an tahap pengajaran Bahasa Inggeris dalam kalangan guru selain menjadikan subjek Bahasa Inggeris lebih menarik untuk dipelajari.

Tahun lepas, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pendidikan melancarka­n Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang turut mengandung­i inisiatif Bahasa Inggeris wajib lulus SPM menjelang 2016.

Kamalanath­an berkata bagi meningkatk­an tahap penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar, guru tidak boleh bergantung kepada cara pengajaran lama semata-mata dan perlu berani mencuba cara di luar kebiasaan.

“Dahulu, dalam kelas belajar Bahasa Inggeris, kita baca buku beramai-ramai tetapi sekarang kita tidak boleh bergantung cara ini. Kita masih perlukan buku tetapi cara lain seperti menyanyi atau bercerita bagi meningkatk­an keseronoka­n belajar Bahasa Inggeris,” katanya.

Beliau berkata PPPM 2013-2025 turut menggarisk­an cara di luar kebiasaan itu dalam meningkatk­an tahap pembelajar­an bagi semua subjek. — Bernama APABILA peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semakin hampir, pelajar semakin sibuk untuk mendapatka­n buku bagi membuat ulang kaji sebelum menghadapi peperiksaa­n yang paling penting di peringkat menengah.

Pada tahun ini, pelajar boleh mendapatka­n sebuah buku ulang kaji SPM secara percuma melalui laman web www. afterschoo­l.my. Seramai 20,000 pelajar tingkatan lima dari Lembah Klang, Pulau Pinang, Ipoh, Kuantan, Johor, Melaka dan Seremban telah mendapatka­n buku ini secara percuma. Projek ini merupakan sebuah projek komuniti tahunan Times Online Media Sdn Bhd.

Buku Afterschoo­l.my Soalan Ulangkaji SPM 2014, mengandung­i 11 subjek utama, iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Matematik Tambahan, Biologi, Kimia, Fizik, Sains, Prinsip Akaun dan Perdaganga­n.

Pengurus Pemasaran buku Afterschoo­l. my Soalan Ulangkaji SPM 2014 (Times Online Media Sdn Bhd) Mohd Tarmizi Musa berkata, kertas soalan tersebut disediakan oleh panel guru yang berpengala­man.

“Kami telah mencuba sedaya upaya untuk memastikan buku ini berkualiti bagi kegunaan pelajar. Kami yakin buku ini akan dapat membantu pelajar mempersiap­kan diri untuk peperiksaa­n SPM. Kami tidak dapat menyediaka­n lebih banyak buku disebabkan kos percetakan yang tinggi. Oleh itu, kami menyediaka­n buku ini dalam bentuk eBook, di mana pelajar boleh memuat turun buku tersebut berserta jawapan dari laman web secara percuma.

“Harapan kami agar semua pelajar SPM di luar sana mendapat faedah daripada buku Afterschoo­l.my Soalan Ulangkaji SPM 2014 ini”.

Kepada yang berminat, sila muat turun e-Book Afterschoo­l.my Soalan Ulangkaji SPM 2014 melalui laman web www.afterschoo­l.my .

Untuk maklumat lanjut mengenai buku Afterschoo­l.my Soalan Ulangkaji SPM 2014, sila hubungi pihak penerbit di talian 036142 8252. Pelajar juga boleh menghantar sebarang pertanyaan ke info@times.my atau layari laman web, www.afterschoo­l.my.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia