Utusan Borneo (Sarawak)

Filem animasi ‘stop-motion’ 3D terbaharu

- Oleh Ella Ide

DI sebuah bandar yang dipanggil Cheesebrid­ge tinggal troll-troll kotak, iaitu makhluk-makhluk yang muncul pada waktu malam dan dikatakan menculik kanak-kanak ‘stop-motion’ 3D terbaharu keluaran Laika, yang mengadakan tayangan perdana di Festival Filem Antarabang­sa Venice baru-baru ini.

“Perkara yang tidak terkatakan sudah berlaku!” teriak seorang penduduk bandar yang tercungapc­ungap kepada datuk bandar dalam babak pembukaan. “Kita mesti bercakap mengenainy­a dengan segera!”

Maka bermulalah pengembara­an yang riang gembira dengan waktu-waktu lucu yang diilhamkan oleh Monty Python, dibintangi seorang penjahat hebat yang berpakaian seperti perempuan dan mencuri tumpuan daripada bintangbin­tang animasi lain.

Berdasarka­n buku pengembara­an fantasi paling laris tulisan Alan Snow ‘Here Be Monsters’, ‘The Box Trolls’ menceritak­an tentang komuniti makhluk ala kotak kadbod yang membesarka­n seorang budak manusia, disuarakan oleh Isaac Hempstead Wright dari ‘Game of Thrones’.

Jauh di bawah batu bundar, budak tersebut, Eggs, tinggal dalam sebuah gua besar, bermain-main dengan keluarga angkatnya – yang memiliki sifat pencipta yang semula jadi – manakala penduduk bandar era Victoria berkenaan menghabisk­an hari-hari mereka dengan obsesi terhadap keju dan ketakutan kepada troll.

Masuk Archibald Snatcher yang zalim, disuarakan oleh pemenang Anugerah Oscar, Ben Kingsley, yang memujuk Lord PortleyRin­d (Jared Harris) yang terganggu untuk memberikan kepadanya sebuah topi putih yang amat diidam-idamkan – sekali gus mengangkat­nya ke dalam golongan elit di bandar itu – jika dia dapat mengusir golongan troll.

Laika, pasukan Amerika di sebalik ‘Coraline’ dan ‘ParaNorman’, keduaduany­a calon-calon bagi Anugerah Oscar bagi Filem Animasi Terbaik, menggunaka­n kombinasi ‘stop-motion’, kesan CGI (Imej Janaan Komputer) dan animasi tangan bagi

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia