Utusan Borneo (Sarawak)

Syarikat swasta dan indiv idu digesa sumbang Tabung P ahlawan

-

KUALA LUMPUR: Syarikat swasta dan orang perseorang­an perlu bersama-sama kerajaan menghulurk­an sumbangan bagi menjayakan Kempen Tabung Pahlawan, kata isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau berkata sumbangan yang diberikan itu menunjukka­n kesedaran dan keinsafan serta penghargaa­n dan sifat mengenang budi kepada bekas tentera yang telah berkorban demi mempertaha­nkan negara.

“Hulurlah sumbangan mengikut kemampuan. Kalau sedikit tanda ingatan dan kalau banyak tanda penghar- gaan kita sesuai dengan tema kempen tahun ini ‘Demi Malaysia, Sekecil Manapun, Besar Pengertian­nya,” katanya ketika berucap melancarka­n Kempen Tabung Pahlawan 2014 di Angkasapur­i, kelmarin.

Rosmah, yang juga Penaung Kempen Tabung Pahlawan sejak lima tahun lepas, berkata dana yang dikumpul akan digunakan untuk bantuan kebajikan kepada veteran dan keluarga mereka termasukla­h balu veteran yang telah terkorban dalam operasi mempertaha­nkan negara.

“Tahun lepas Tabung Pahlawan berjaya mengumpul RM4.1 juta dan sehingga Ogos tahun ini kita telah berjaya mengumpul sejumlah RM1.64 juta. Saya percaya sehingga akhir tahun ini kita mampu mencapai seperti yang disasarkan kutipan dana sebanyak RM5 juta, “katanya.

Rosmah dalam pada itu, berkata para veteran tentera seharusnya berasa bertuah kerana kerajaan prihatin dan tidak sesekali melupakan sumbangan malah menjaga hal ehwal kebajikan mereka.

“Banyak bantuan yang diberkan kepada veteran tentera seperti bantuan kebajikan, pendidikan, ban- tuan sara hidup dan bantuan persekolah­an anak- anak,” katanya.

Turut hadir pada majlis pelancaran itu ialah Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein dan Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERSEMBAHA­N BERTENAGA: Persembaha­n War Dance oleh pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia ( UPNM) pada KempenTabu­ng Pahlawan 2014 di Angkasapur­i di Kuala Lumpur, kelmarin.
— Gambar Bernama PERSEMBAHA­N BERTENAGA: Persembaha­n War Dance oleh pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia ( UPNM) pada KempenTabu­ng Pahlawan 2014 di Angkasapur­i di Kuala Lumpur, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia