Utusan Borneo (Sarawak)

Jemaah perlu pastikan kesihatan terjaga bagi ibadah haji

-

MEKAH: Keutamaan bagi jemaah haji yang kini telah berada di sini adalah memastikan kesihatan mereka tidak terjejas agar mereka dapat menjalanka­n ibadah haji dengan sebaik-baiknya.

Pengarah Operasi Haji Di Mekah Redhuan Sabaruddin berkata, walaupun masa masih lama sebelum kemuncak ibadah haji iaitu wukuf di Arafah pada 9 Zulhijah, yang dijangka jatuh pada 3 Okt, jemaah haji perlu memastikan ibadah mereka di Masjidilha­ram serta ibadah umrah dijalankan setakat termampu.

“Fokus sekarang adalah ibadah haji, dan kesihatan memainkan peranan yang penting,” kata Redhuan yang juga Konsul Haji di Arab Saudi yang berpangkal­an di Jeddah pada sidang media bersama wartawan Malaysia di sini Sabtu malam.

Kini 8,459 daripada 22,320 jemaah haji Malaysia sudah berada di Tanah Suci, iaitu 2,091 di Mekah dan selebihnya di Madinah.

Beliau juga turut menasihati jemaah haji supaya tidak keluar untuk menziarah tempat-tempat bersejarah di sini seperti ke Jabal Nur, Jabal Rahmah, Jabal Tsur dan sebagainya secara ber- sendirian.

“Pergerakan secara berkumpula­n adalah digalakkan,” katanya sambil mencadangk­an supaya ziarah dilakukan selepas ibadah haji selesai.

Redhuan berkata di Mekah, Lembaga Tabung Haji (TH) tidak menganjurk­an sebarang program ziarah kerana ia telah diserahkan kepada Muassasah Asia Tenggara untuk dikendalik­an.

Muassasah Asia Tenggara juga bertanggun­gjawab mengenai ibadah haji dan umrah pertama jemaah haji di sini.

Menyentuh mengenai penginapan jemaah haji di sini, beliau berkata TH memperuntu­kkan sembilan bangunan yang mampu menempatka­n antara 750 hingga lebih 3,000 orang dengan empat hingga lapan orang ditempatka­n dalam satu bilik berdasarka­n saiz bilik berkenaan.

Redhuan berkata penempatan jemaah haji di maktab penginapan dibuat berdasar- kan kapal terbang yang mereka naiki bagi memudahkan pergerakan.

Beliau berkata jemaah yang menaiki pesawat Saudi Airlines yang mampu memuatkan 450 orang, akan ditempatka­n di pusat penginapan yang lebih besar.

Sebaliknya, Redhuan berkata Malaysia Airlines yang membawa 279 jemaah pula akan ditempatka­n di maktab yang lebih kecil.

Katanya sembilan penginapan itu terdiri daripada Abraj Al Janadiriyy­ah yang terbesar, diikuti Land Premium serta Rehab Al Janadiriyy­ah.

Yang lain terdiri daripada Qasr Al Janadiriyy­ah, Burj Al- Haram 2, Al Bisyarah Mawaddah, Manar Al Shorouq, Raudah Al Shorouq dan Hassan Khazindar yang paling kecil memuatkan kapasiti 750 jemaah.

Beliau berkata penempatan jemaah haji di maktab akan dibuat dengan seimbang supaya tidak ada yang terlebih atau terkurang bagi memastikan pengurusan jemaah haji dapat berjalan dengan baik.

Penempatan jemaah dalam sesebuah bilik dibuat menggunaka­n sistem komputer berdasarka­n kapal terbang yang mereka naiki, kecuali jemaah datang dengan kumpulan anggota keluarga yang besar.

“Mereka telah membuat permohonan terlebih dahulu di Kuala Lumpur serta jemaah yang datang bersendiri­an yang memohon untuk ditempatka­n dengan temanteman mereka,” katanya.

Redhuan berkata bangunan untuk penginapan jemaah haji disewa secara kontrak antara dua hingga tiga tahun berdasarka­n faktor persekitar­an dan kesesuaian, bagi memastikan keselesaan jemaah haji yang akan tinggal di maktab melebihi 40 hari. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia