Utusan Borneo (Sarawak)

Obesiti: Pelajari jumlah kalori yang diambil

Tidak hirau jumlah kalori yang diambil antara punca utama masalah obesiti meningkat

-

KUALA LUMPUR: Jangan salahkan makanan sekiranya anda mengalami masalah obesiti, kata pakar pemakanan dan kecergasan, Kevin Zahri Abdul Ghaffar.

Beliau berkata pengambila­n makanan tanpa menghirauk­an jumlah kalori yang diperlukan oleh badan dalam sehari adalah punca utama permasalah­an obesiti yang kian meningkat dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Sehubungan itu, orang ramai perlu mempelajar­i jumlah kalori dalam setiap makanan yang diambil serta mengetahui teknik pengiraan kalori yang diperlukan oleh badan dalam sehari.

“Walaupun pengambila­n makanan dalam kuantiti yang sedikit, namun jika jumlah kalorinya tinggi, ia akan tetap menggagalk­an proses diet individu berkenaan,” katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu jemputan program ‘Dalam Radar’ Radio 24 Bernama.

Katanya tidak menjadi masalah untuk menikmati pel- bagai jenis hidangan, namun pengambila­n makanan tersebut harus difahami kandungan nutrisinya terlebih dahulu.

Kevin Zahri yang juga pengasas program Jom Kurus 1Malaysia (JK1M) berkata maklumat mengenai jumlah kalori makanan itu boleh diperoleh melalui pelbagai aplikasi maklumat kalori makanan seperti ‘My Fitness Pal’ yang boleh dimuat turun ke dalam telefon pintar.

Sementara itu, program JK1M musim ketiga yang akan berlangsun­g selama enam minggu bermula 13 Sept depan mendapat sambutan menggalakk­an di 60 tempat di seluruh negara.

Beliau berkata, sehingga kini, penyertaan­nya mencecah 1,000 orang dan masih terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia termasuk kanak-kanak yang mengalami masalah obesiti untuk menyertain­ya.

Orang ramai yang ingin mengetahui tentang program tersebut boleh melayari laman web kevinzahri.com untuk keterangan lanjut. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia