Utusan Borneo (Sarawak)

KBS cadang kemudahan padang, balapan sekolah diguna bersama masyarakat

-

JOHOR BAHARU: Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) mencadangk­an kemudahan padang dan balapan di sekolah digunakan secara bersama dengan masyarakat setempat.

Menterinya Khairy Jamaluddin berkata cadangan sudah dikemukaka­n kepada Kementeria­n Pendidikan menerusi mesyuarat Jawatankua­sa Kabinet Pembanguna­n Sukan, Khamis lepas.

Khairy berkata, sebelum ini beliau ada menerima rungutan dari pelbagai pihak mengenai kekurangan kemu- dahan seumpama itu.

“Penggunaan secara bersama dengan masyarakat atau ‘dual use’ ini sudah diamalkan di negara lain seperti Singapura.

“Di Malaysia ketika ini, kemudahan yang hendak digunakan bergantung kepada budi bicara guru besar atau pengetua sekolah,” katanya berucap merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Johor Baharu di sini kelmarin.

Khairy berkata buat masa ini, KBS dan Kementeria­n Pendidikan sedang mengenal pasti beberapa sekolah di negara ini bagi menjadi perintis untuk rancangan tersebut.

Beliau berkata dalam melaksanak­an rancangan itu, KBS dan Kementeria­n Pendidikan perlu mengambil kira kemudahan lengkap yang ada di sekolah terbabit dan faktor keselamata­n sekolah yang dimasuki oleh orang luar.

“TimbalanPe­rdanaMente­ri sudah bersetuju dari segi prinsipnya untuk Kementeria­n Pendidikan dan KBS memulakan percubaan (rancangan itu) untuk beberapa buah sekolah,” katanya.

Beliau berkata kemudahan itu akan disewakan dan hasil pendapatan­nya boleh digunakan untuk penyelengg­araan atau disalurkan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Khairy berkata sekiranya pelaksanaa­n itu berjaya, maka masalah ketiadaan padang dan balapan seperti yang dialami penduduk seperti di bandar raya ini dapat diatasi.

Ini memandangk­an Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin kini digunakan sepenuhnya untuk pasukan bola sepak Johor Darul Takzim. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia