Utusan Borneo (Sarawak)

Pendapatan perkapita capai AS$15,000 setahun pada 2019

Sasaran disokong pertumbuha­n ekonomi yang semakin baik

-

MARAN: Kerajaan menyasarka­n pendapatan perkapita negara ini mencapai AS$15,000 atau RM48,352 setahun menjelang 2019, setahun lebih awal daripada sasaran asal negara untuk mencapai negara berpendapa­tan tinggi pada 2020.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata sasaran itu disokong oleh pertumbuha­n ekonomi negara yang semakin baik hasil perkembang­an positif ekonomi dunia.

“Dalam setengah tahun pertama tahun ini, unjuran pertumbuha­n ekonomi negara mencapai 6.3 peratus dan dijangka mencapai 5.5 atau 6 peratus pada hujung tahun ini.

“Ia satu pertumbuha­n luar biasa dan sangat seimbang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat perwakilan UMNO bahagian Maran di sini semalam.

Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Maran yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Ismail Abdul Mutallib dan Timbalan Ketua UMNO bahagian Datuk Shahaniza Shamsuddin.

Mengulas lanjut, Ahmad Husni berkata perkembang­an ekonomi negara Amerika Syarikat dan Eropah yang semakin pulih, turut mempengaru­hi peningkata­n kadar pendapatan perkapita negara.

Katanya purata pendapatan isi rumah 60 peratus rakyat telah meningkat sebanyak 18 peratus dari tahun 2012 hingga 2014 bersamaan dengan RM5,000 sebulan.

Sejumlah 40 peratus rakyat negara ini, khususnya masyarakat di luar bandar, masih memperoleh pendapatan isi rumah di bawah RM5,000 katanya.

Namun Husni berkata kerajaan tetap menekankan pertumbuha­n ekonomi yang inklusif, iaitu peningkata­n ekonomi negara berkembang seiring dengan peningkata­n pendapatan isi rumah bagi memastikan kekayaan negara diagihkan secara adil kepada rakyat.

“Kita tidak mahu apabila negara mencapai taraf negara maju, pendapatan rakyat tidak mencapai kadar yang sepatutnya.

“Sehubungan itu, kita akan terus membantu meningkatk­an taraf ekonomi rakyat, khususnya masyarakat di luar bandar, menerusi pelbagai inisiatif ekonomi agar pendapatan mereka meningkat seiring kemajuan negara,” katanya. — Bernama

 ??  ?? MARI CUBA: Azman bersama kakitangan mempelawa pelanggan untuk berkunjung ke Rock N Grill Western di Matang Jaya.
MARI CUBA: Azman bersama kakitangan mempelawa pelanggan untuk berkunjung ke Rock N Grill Western di Matang Jaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia