Utusan Borneo (Sarawak)

Restoran Rock N Grill Western tawarkan makanan Barat tepati cita rasa tempatan

-

KUCHING: Ingin menikmati makanan Barat dalam suasana penuh beradab dan nyaman sambil mendengar lagu-lagu Inggeris yang menenangka­n jiwa? Apa kata jika ke Restoran Rock N Grill Western.

Terletak di Matang Jaya (bersebelah­an KFC), Rock N Grill Western yang telah memulakan operasi perniagaan­nya secara rasmi kelmarin menjanjika­n pilihan menu menarik yang pastinya menepati cita rasa penggemar makanan barat.

Bagi memastikan kepuasan pelanggan, restoran ini menawarkan lebih 20 hidangan Barat dengan gabungan gaya tempatan bagi memenuhi cita rasa pelanggan yang pelbagai melalui sentuhan air tangan ketua chef berpengala­man Azman Kamil.

Mempunyai pengalaman sebagai Cef di Melbourne, Australia dan Kuala Lumpur, Azman memberitah­u, aspirasiny­a untuk menggabung­kan gaya masakan Barat dan tempatan adalah untuk disesuaika­n dengan cita rasa pelanggan tempatan di bandar raya ini.

“Ini seperti gabungan kedua-dua makanan negara dalam satu hidangan. Kaedah penyediaan dan cara hidangan mempunyai gaya Barat namun tetap diselitkan cita rasa tempatan,” katanya ketika ditemui pemberita kelmarin.

Menurutnya, kesemua menu yang ditawarkan di restoran tersebut sememangny­a halal kerana disediakan sendiri oleh beliau.

Beliau menambah, terdapat lima hidangan yang perlu dinikmati sekiranya berkunjung ke Rock N Grill Western iaitu dalam kategori Istimewa Cef.

“Jangan lupa merasai lima hidangan istimewa saya iaitu ‘ Lamb Shank’ yang dihidangka­n dengan kentang putar, salad sihat dan roti dengan hanya RM22.80 dan ‘Baked Mussel’ dengan harga RM16.80 yang dihidangka­n dengan kentang serta sayuran sihat.

“Manakala dua lagi ialah ‘ The King Burger’ iaitu daging berganda seberat satu kilogram dihidangka­n dengan kentang goreng dengan harga RM26.80 dan ‘ Combo Triple Sausage’ dengan harga RM13.80,” jelasnya.

Manakala, paling istimewa ialah ‘Long Boat Surf dan Turf’ yang merupakan gabungan kambing panggang, ayam, ikan, sosej, telur yang dihidangka­n dengan kentang lecek dan sayursayur­an yang boleh dimakan tiga orang, katanya.

Selain lima menu pilihan istimewa cef itu, pelanggan turut berpeluang merasai pelbagai jenis pasta, spageti, makanan berasaskan ayam, daging, makanan laut, sup dan salad.

“Harga kami adalah sangat berpatutan dan pelbagai ‘ chicken chop’ kami berharga dari RM13.80 ke atas,” jelasnya.

Dalam menu minuman pula, ‘cappuccino ais krim’ dan ‘ ais Mocha dicampur dengan ais krim’ serta ‘oreo susu kocak’ merupakan sajian istimewa di restoran ini.

Sempena pelancaran dan pembukaan rasminya, orang ramai yang datang ke restoran ini berpeluang menikmati diskaun 20 peratus daripada jumlah bil bermula 7 hingga 21 September 2014.

Untuk merasai sendiri kehebatann­ya, pelanggan bolehlah berkunjung ke Rock N Grill Western yang mana waktu operasinya adalah pada jam 4 petang hingga 2 pagi setiap hari termasuk cuti umum.

 ??  ?? ISTIMEWA: Azman menunjukka­n hidangan istimewany­a, ‘Long Boat Surf dan Turf’.
ISTIMEWA: Azman menunjukka­n hidangan istimewany­a, ‘Long Boat Surf dan Turf’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia