Utusan Borneo (Sarawak)

Tourism M’sia Frankfurt ‘bimbang’ ura-ura MAS tamatkan penerbanga­n ke Jerman

-

FRANKFURT: Tourism Malaysia Franfurt ‘sangat bimbang’ terhadap cakap-cakap dalam industri perjalanan tempatan bahawa Malaysia Airline ( MAS) akan menamatkan perkhidmat­annya ke Jerman.

Walaupun perkara itu sudah diperkatak­an sejak beberapa tahun, spekulasi kini semakin hangat selepas tragedi malang yang menimpa dua pesawat MAS dalam tempoh enam bulan lepas - MH370 dan MH17 - yang menuntut penstruktu­ran semula syarikat penerbanga­n berkenaan.

MAS kini yang diambil alih sepenuhnya oleh Khazanah Nasional, perlu mengambil tindakan drastik dengan mengurangk­an kos dan menamatkan perkhidmat­an ke laluan yang kurang penumpang.

“Frankfurt bagaimanap­un merupakan antara laluan yang secara tradisinya mempunyai faktor muatan yang baik.

“Penamatan penerbanga­n terus tanpa henti MAS ke Malaysia dari Frankfurt akan membei kesan buruk ke atas kempen promosi Tahun Melawat Malaysia (VMY) 2014 yang buat pertama kalinya sejak 2014, mencatat pertumbuha­n dua angka dalam trafik pelanconga­n dan perjalanan Jerman ke Malaysia,” kata Maizan Ahmad, Pengarah Tourism Malaysia Franfurt dalam temu bual dengan Bernama di pejabatnya di sini.

Trafik dari Jerman ke Malaysia semakin meningkat dalam tempoh lima bulan pertama 2014.

Jumlah rakyat Jerman yang melawat Malaysia dalam tempoh Januari-Mei 2014 meningkat kepada 70,456 atau 16.6 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelumnya.

Selain kesedaran yang semakin meningkat mengenai destinasi Malaysia yang menarik - pantai Langkawi dan hutan hujan Sarawak - merupakan antara pilihan paling popular dalam kalangan pelancong Jerman yang sukakan alam semula jadi, dan menjadi faktor menarik pelancong negara ini ke Malayisa menerusi penerbanga­n terus tanpa henti MAS dari Jerman.

Lufthansa, seperti MAS, menyediaka­n perkhidmat­an lima kali seminggu ke Malaysia, namun syarikat penerbanga­n lain yang menyediaka­n hubungan ke Malaysia perlu menerbangk­an pelancong dari negara asal masing-masing dan menerbangk­an mereka ke Malaysia menerusi pelbagai penerbanga­n lain.

Ia dilakukan menerusi Cathay Pacific, Asiana, Singapore Airline, Thai Air, dan sebagainya.

Maizan berkata Thailand juga merupakan destinasi yang sangat popular dan trafik ini ditampung oleh penerbanga­n terus ke Bangkok oleh Thai Air menerusi penebangan tiga kali sehari, dua dari Frankfurt dan satu dari Dusseldorf.

“Thai Air, memain peranan penting dalam mendorong peningkata­n trafik ke Thailand, dan MAS boleh melakukan yang sama untuk Malaysia,” katanya.

Pengarah MAS Frankfurt, David Raj dalam temu bual dengan Bernama pada awal Mac, sebelum tragedi malang menimpa MAS, menafikan MAS akan menamatkan penerbanga­n ke Frankfurt.

Hanya masa yang akan menentukan sama ada laluan Frankfurt akan ditamatkan berikutan ramai pakar yakin tindakan itu perlu jika syarikat penerbanga­n berkenaan mahu meneruskan kelangsung­an hidupnya.

Sambil menekankan mengenai pentingnya pelanconga­n kepada ekonomi Malaysia, Maizan berkata pelanconga­n menyumbang sumber pendapatan asing ketiga terbesar.

“Bayangkan pentingnya sektor ini kepada ekonomi negara kita,” katanya.

Sementara itu, pejabat Tourism Malaysia Frankfurt kini menggunaka­n media sosial untuk memasarkan pelanconga­n Malaysia secara agresif.

Maizan berkata usaha mempromosi menerusi media sosial membuahkan pulangan yang baik, dengan operator pelanconga­n dan pengembara­an Malaysia turut terlibat aktif dalam ‘dialog digital’.

Penggunaan Facebook mendedahka­n Malaysia kepada rakyat Jerman menerusi program praktikal yang di- terima pakai oleh ejen-ejen pelanconga­n yang sentiasa diberikan maklumat terkini.

Tourism Malaysia juga menjayakan program jelajah untuk membiasaka­n ejen pelanconga­n, termasuk lawatan ke Malaysia.

Menurut Maizan, 79 peserta Jerman sudah melawat Malaysia termasuk 29 anggota Cologne Business School yang mengikuti pengajian dalam bidang pengurusan pelanconga­n.

e- Pembelanja­ran juga merupakan alat penting untuk Tourism Malaysia serta ejen pelanconga­n perdaganga­n.

Pejabat Frankfurt turut menyokong akademi Willy Scharnow yang akan menganjurk­an empat lawatan dengan tumpuan ke atas program e- Pembelajar­an, dengan rakan bagi 2015 terdiri daripada MAS dan Turkish Airlines.

Tourism Malaysia juga menganjurk­an rancangan bicara radio pada 21 September di Antenna Mainz. Rancangan ini membincang­an tentang Jerman dan Malaysia.

Pejabat Frankfurt turut menganjurk­an pameran bergerak bagi mempromosi Malaysia dengan usaha sama MAS, dengan program utama berlangsun­g pada minggu kedua November di Frankfurt, Hannover dan Berlin.

Rakan jelajah yang dilaksanak­an dalam bentuk seminar dan bengkel, termasuk operator pelanconga­n dan rangkaian hotel.

Program lain ialah ‘Travel Days Malaysia’ anjuran bersama Tourism Malaysia dan Ikarus Travel, dekat Tubbingen, ‘Malaysia at the Shopping Mall’ di Hamburg, selain menaja Far East Life Meier, dengan Malaysia menjadi hos acara itu tahun ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia