Utusan Borneo (Sarawak)

M’sia-Victoria perlu tinjau dagangan baharu

-

KUALA LUMPUR: Perdaganga­n dua hala Malaysia dan Victoria, Australia, boleh berkembang melangkaui sektor tradisiona­l seperti minyak kelapa sawit, tenusu, tembaga dan petroleum, kata Pesuruhjay­a Perdaganga­n Victoria ke Asia Tenggara, Tim Dillon.

“Victoria merupakan pusat pertumbuha­n masa depan Australia. Ia menguasai sehingga 25 peratus daripada keluaran dalam negara kasar Australia, menyumbang satu perempat daripada jumlah penduduk dan pusat kepada 520,000 perniagaan,” katanya.

Hubungan kedua- dua pihak kini semakin kukuh, dengan hampir 8,000 penuntut Malaysia dan 40,000 rakyat Malaysia tinggal di tenggara negeri itu, katanya kepada Bernama.

Hubungan itu telah membuka peluang dalam sektor yang belum diterokai seperti farmaseuti­kal, automotif, infrastruk­tur, penjagaan kesihatan, teknologi maklumat dan komunikasi serta perkhidmat­an kewangan.

Menurut Dillon, sektor yang boleh diceburi adalah seperti infrastruk­tur, dengan kerajaan Victoria membiayai projek kereta api, kediaman dan pembinaan yang dijangka mencecah A$ 27 bilion (RM80.5 juta) sehingga 2018.

“Ledakan ini telah menarik pemaju hartanah dan infrastruk­tur dari Malaysia, melawat negeri itu untuk meninjau projek berkenaan baru-baru ini,” kata Pesuruhjay­a berkenaan.

Pembekal automotif Victoria, boleh meneroka pertumbuha­n automotif di Asia Tenggara, dengan saiz pasaran dijangka mencecah lima juta kenderaan pada 2017, berbanding tiga juta pada masa ini.

“Ini akan meningkatk­an keupayaan dan eksport profil teknikal Malaysia, manakala pembekal Victoria pula memperoleh akses ke pasaran Asia Tenggara yang semakin berkembang,” kata Dillon.

Satu lagi sektor ialah penjagaan kesihatan yang semakin meningkat. Kerajaan negeri Victoria komited untuk membelanja­kan A$17.8 juta dalam tempoh tiga tahun akan datang untuk meluaskan penyelesai­an kesihatan utama dan penjagaan warga emas, ke pasaran global.

“Usaha ini bertujuan memanfaatk­an permintaan yang semakin meningkat untuk perkhidmat­an kesihatan, teknologi dan penyelidik­an di negara seperti Malaysia, China dan Indonesia, dengan warga kelas menengahny­a membuat perbelanja­an besar untuk penjagaan kesihatan,” kata Dillon.

Jumlah dagangan antara Malaysia dan Victoria melonjak 44.6 peratus kepada A$ 3.9 juta pada 2013, dirangsang oleh Perjanjian Perdaganga­n Bebas Malaysia-Australia yang berkuat kuasa pada 1 Jan, 2013. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia