Utusan Borneo (Sarawak)

Dagangan saham KL tidak banyak berubah

Dipengaruh­i kurangnya petunjuk baharu, ketegangan di Ukraine, kadar faedah tidak tentu

-

KUALA LUMPUR: Dagangan saham-saham di Bursa Malaysia dijangkaka­n tidak banyak berubah, bergerak antara 1,860 dan 1,880 mata minggu ini, berikutan kurangnya petunjuk baharu, ketegangan berterusan di Ukraine dan ketidakten­tuan kadar faedah di AS.

Naib Presiden dan Ketua Penyelidik Runcit Affin Investment Bank Dr Nazri Khan Adam Khan berkata, ekuiti global terdedah kepada penyepadua­n berikutan anjakan Rizab Persekutua­n AS ke atas dasar mengembali­kan monetari ke paras normal serta penguranga­n kadar faedah yang kecil oleh Bank Pusat Eropah.

Berdasarka­n sejarah, Nazri Khan berkata prestasi ekuiti Malaysia dijangkaka­n mencatat paras paling kukuh pada suku terakhir setiap tahun, terutama pada asas ketika tahap turun naik yang relatifnya tinggi.

“Kami menjangkak­an tarikan jangka pendek dalam pasaran tempatan, disokong oleh pengumpula­n hujung tahun oleh pihak institusi, susulan pelancaran pelbagai tawaran awam permulaan ( IPO) dalam tempoh sederhana,” katanya kepada Bernama.

IPO yang bakal dilancarka­n termasuk 1Malaysia Developmen­t Bhd, Carimin Petroleum Bhd dan Iskandar Waterfront Holdings Bhd.

Bagi minggu yang baharu berakhir, FBM KLCI meningkat 2.35 mata kepada 1,868.46 berbanding 1,866.11 Jumaat lepas.

Indeks Kewangan meningkat 65.56 mata kepada 17,531.88, Indeks Perusahaan meningkat 7.47 mata kepada 3,250.45 manakala Indeks Perladanga­n melonjak 40.05 mata kepada 8,567.62.

Indeks FBM Emas menambah 60.49 mata kepada 13,055.6, Indeks FBMT100 meningkat 52.72 mata kepada 12,635.67, FBM 70 melonjak 201.36 mata kepada 14,374.82 dan FBM Ace meningkat 36.01 mata kepada 6,939.71.

Jumlah dagangan mingguan susut kepada 11.03 bilion saham bernilai RM8.65 bilion berbanding 15.18 bilion saham bernilai RM11.57 bilion yang direkodkan minggu sebelumnya.

Jumlah dagangan di pasaran utama berkuranga­n kepada 7.923 bilion unit bernilai RM8.10 bilion berbanding 10.92 bilion unit bernilai RM10.67 bilion.

Jumlah dagangan waran merosot kepada 144.56 juta unit bernilai RM17.99 juta berbanding 213.89 juta unit bernilai RM29.06 juta minggu sebelumnya.

Jumlah dagangan di Pasaran Ace susut kepada 2.93 bilion saham bernilai RM496.87 juta, berbanding 3.98 bilion saham bernilai RM846.04 juta sebelumnya. — Berrnama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia