Utusan Borneo (Sarawak)

Niaga hadapan MSM antara RM1,900-RM2,100 setan

-

KUALA LUMPUR: Harga kontrak hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif dijangka diniagakan bercampur-campur minggu depan antara RM1,900 dan RM2,100 setan.

Pedagang Kanan Minyak Sawit Interband Group of Companies, Jim Teh berkata penggiat pasaran dijangka kekal berhati-hati menjelang pengumuman data rasmi oleh pengawal selia industri, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), minggu lepas.

“Peniaga sedang menunggu pengumuman data MPOB yang akan memberi petunjuk baharu kepada pasaran. Oleh itu, kita menjangkak­an permintaan menjadi sedikit lembap pada minggu itu,” katanya kepada Bernama.

Pasaran MSM tempatan juga akan menjejaki rapat pasaran minyak sayuran lain untuk arah tuju, katanya.

Teh berkata eksport dijangka meningkat berikutan pengecuali­an cukai eksport untuk September dan Oktober oleh kerajaan.

Menurut Cargo Surveyor Intertek Testing Services, data Malaysia menunjukka­n bahawa penghantar­an eksport minyak sawit merosot 4.8 peratus kepada 1.3 juta tan pada Ogos berbanding bulan sebelumnya.

Untuk Jumaat ke Jumaat, kontrak bulan semerta September 2014 meningkat RM100 kepada RM2,041 setan, Oktober 2014 meningkat RM110 kepada RM2,039 setan, November 2014 menokok RM96 kepada RM2,025 setan dan Disember 2014 naik RM91 kepada RM2,057 setan.

Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 283,968 lot daripada 238,169 lot pada minggu lepas manakala kepentinga­n terbuka melonjak kepada 348,491 kontrak daripada 316,694 kontrak sebelum ini.

Di pasaran fizikal, Selatan September berakhir RM60 lebih tinggi pada RM2,060 setan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia