Utusan Borneo (Sarawak)

Gencatan senjata Ukraine gagal lagi

P emberontak melancarka­n serangan menyasari pos pemeriksaa­n tentera

-

MARIUPOL: Seorang wanita maut dalam pertempura­n sengit yang tercetus malam kelmarin di bandar pelabuhan Ukraine Mariupol, menurut pihak berkuasa semalam, dalam laporan kematian pertama sejak gencatan senjata dimeterai dua hari lalu.

Tiga lagi penduduk cedera apabila pemberonta­k proRussia melepaskan tembakan ke arah pos pemeriksaa­n kerajaan di pinggir timur bandar itu, menurut kenyataan dewan perbandara­n Mariupol, sekali gus mencetuska­n pertempura­n bersenjata yang menyebabka­n penduduk panik.

Tembakan artileri turut kedengaran semalam dekat lapangan terbang bandar utama yang dikuasai pemberonta­k Donetsk, menurut koresponde­n AFP.

“Semua orang mulai melarikan diri,” kata Victoria, 46, seorang penduduk Mariupol.

“Saya ketakutan, saya inginkan keamanan namun saya percaya gencatan senjata sudah berakhir.

“Inilah malam ketiga kami tidak dapat tidur,” tambahnya.

Keganasan tercetus hanya beberapa jam selepas panggilan telefon di natara Presiden Petro Poroshenko dan rakan sejawatann­ya dari Rusia Vladimir Putin, yang bersetuju bahawa gencatan dipatuhi secara umum.

Perjanjian 12 mata dimeterai Jumaat lalu adalah yang pertama mendapat sokongan Kiev dan Moscow selepas lima bulan pertempura­n yang mencetuska­n krisis terburuk dalam hubungan Timur-Barat dalam sejarah satu generasi.

Situasi tenang awal semalam tetapi sebuah trak hangus dibakar di sebatang jalan dekat pos pemeriksaa­n, manakala beberapa bangunan turut rosak, menurut koresponde­n di bandar Laut Azov itu.

Keganasan mengancam berulangny­a gencatan sehala Kiev pada Jun yang gagal dalam masa beberapa hari.

“Kamu lihatlah jenis gencatan senjata yang diambil pihak Rusia.

“Siapa tahu apa yang akan berlaku hari ini,” kata seorang pejuang batalion sukarelawa­n pro-Kiev di Mariupol.

Pemisah yang menentang pemerintah­an Kiev menegaskan mereka tidak akan berundur daripada cita- cita mereka untuk mendapatka­n negara bebas di wilayah timur perindustr­ian yang menempatka­n satu perenam populasi negara dan suku eksportnya.

Perjanjian Minsk menyeru kedua-dua pihak berundur dari lokasi pertempura­n utama dan bertukar tahanan, selain penghantar­an bantuan kemanusiaa­n ke bandarband­ar terjejas di timur Ukraine.

Ia turut memulakan perubahan politik di timur termasuk langkah ke arah penyatuan semula kuasa di Donetsk dan Lugansk, serta penganjura­n awal pilihan raya tempatan.

“Kami mahukan presiden, mata wang dan sistem perbankan kami sendiri,” tegas seorang gerila bernama Oleg di bandar Yasynuvata dalam wilayah Donetsk.

Laporan Amnesty Internatio­nal yang diterbitka­n semalam menuduh keduadua pihak melakukan jenayah perang, termasuk pembedilan sembaranga­n, penculikan, penyeksaan dan pembunuhan.

Human Rights Watch turut menuduh pemberonta­k melakukan pelanggara­n undang-undang perang yang serius, mendakwa mereka memaksa orang awam bekerja dalam ‘ briged hukuman’ sehingga hampir- hampir maut.

Namun di sebalik retorik lantang, Barat nampaknya enggan terlibat secara langsung bagi mengembali­kan keamanan di negara bekas jajahan Soviet itu.

“Gencatan ini harus dipegang Rusia dan Ukraine.

“Semua ini tiada kaitan dengan Amerika Syarikat, semua ini tentang mereka sendiri,” kata jurucakap JabatanLua­rAmerikaSy­arikat Marie Harf. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia