Utusan Borneo (Sarawak)

Doktor di Liberia warga AS ketiga dijangkiti Ebola

-

WASHINGTON: Seorang doktor Amerika yang dijangkiti virus Ebola ketika bekerja di wad materniti Liberia menunjukka­n tandatanda kesembuhan, menurut ahli keluargany­a.

Rick Sacra, 51, tiba di Pusat Perubatan Nebraska awal Jumaat lepas, menjadi pekerja kesihatan ketiga AS yang dipindahka­n dari Afrika Barat semasa wabak Ebola terbesar dalam sejarah.

Lebih 2,000 mati akibat virus berbahaya itu di Liberia, Guinea, Sierra Leone dan Nigeria sejak awal tahun, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Isteri Sacra, Debbie dan anak sulung lelaki Maxwell, 22, melawat doktor yang sakit itu kelmarin.

Mereka bercakap melalui panggilan video kira-kira 25 minit,dimanaSacr­adiasingka­n dalam unit pencegahan bio bagi mengelakka­n jangkitan penyakit yang amat berbahaya itu.

“Rick sangat sakit dan lemah, namun baik sedikit berbanding ketika tiba semalam,” menurut Debbie.

“Dia meminta sesuatu untuk dimakan dan menghirup sedikit sup ayam.”

Beliau menyatakan suaminya tidak dapat mengingati apa- apa sejak pulang ke Amerika Syarikat dan sedang berehat.

Debbie menyatakan beliau berasa lega dapat melihat wajah dan mendengar suara suaminya sekali lagi.

Beliau menyuaraka­n harapan agar penyakit suaminya akan membantu mendapatka­n lebih banyak perhatian mengenai wabak tersebut.

Pusat Perubatan Nebraska menyatakan serum daripada seorang pesakit yang terselamat, atau rawatan dadah yang menghalang virus itu namun tidak pernah diuji pada manusia antara pilihan yang dipertimba­ng untuk Sacra.

Tiada ubatan rawatan di pasaran untuk Ebola, dan tiada vaksin bagi mencegahny­a, walaupun krisis tersebut menyegerak­an ujian klinikal bagi menguji dan membawa ubat tersebut ke pasaran.

Warga Amerika yang lain yang dijangkiti Ebola iaitu doktor Kent Brantly dan pekerja bantuan Nancy Writebol, beransur pulih dan telah dibenarkan keluar dari Hospital Universiti Emory di Atlanta, Georgia pada bulan lepas. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia