Utusan Borneo (Sarawak)

Mayat empat pelombong dikeluar

-

SARAJEVO: Pekerja penyelamat Bosnia telah menemui mayat empat pelombong yang terbunuh setelah letupan gas menyebabka­n sebahagian lombong runtuh, dan telah dijangka meneruskan usaha mencari mayat terakhir semalam.

Seramai 29 lelaki terperangk­ap di dalam lombong Raspotocje di luar pekan Zenica selama lebih 20 jam selepas gempa bumi menyebabka­n letupan gas Khamis lepas.

Empat mayat dibawa naik ke permukaan kelmarin, dengan pasukan penyelamat mengambil masa lebih 15 jam untuk menggali keluar dari terowong yang runtuh sedalam 500 meter, lapor televisyen tempatan.

“Kita akan mengetahui selepas bedah siasat bagi punca kematian mereka, namun mereka mungkin mati akibat lemas terhidu gas yang masuk ke dalam terowong selepas letupan,” menurut pemeriksa perlombong­an Nuraga Duranovic.

Mayat pelombong kelima berada di bahagian lain lombong yang tidak dapat dimasuki anggota penyelamat, menurut Duranovic.

Letupan berpunca daripada gempa bumi sekuat 3.5 magnitud.

Daripada 29 orang yang diselamatk­an, 25 orang telah dimasukkan ke hospital di Zenica, namun hanya semua kecuali seorang dibenarkan keluar kelmarin.

Pihak berkuasa tempatan menyeru sehari lagi untuk berkabung hari ini.

Lombong arang batu di sekitar Zenica, barat laut ibu negara Sarajevo, terkenal dengan kemalangan maut.

Pada 1982, 39 pelombong mati dalam satu letupan.

Dalam salah satu kemalangan perlombong­an terburuk di dunia, 180 pelombong mati dalam letupan gas pada Ogos 1990 di lombong Kreka, dekat bandar timur laut Tuzla. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia