Utusan Borneo (Sarawak)

Pantai Mexico dibadai Norbert

-

KOTA MEXICO: Lebih 2,500 orang dipindahka­n dan sebuah perkampung­an nelayan dilandar bah ketika Taufan Norbert berpusar di luar pantai Pasifik Mexico kelmarin, menurut pihak berkuasa.

Ribut meningkat kepada taufan kategori tiga pada skala Saffir-Simpson namun lewat kelmarin kehilangan sebahagian kekuatanny­a dan menjadi sistem kategori dua, menurut Perkhidmat­an Cuaca Negara AS, membawa angin sekuat 100 batu sejam.

Ribut dijangka bertambah lemah dalam tempoh 48 jam akan datang.

Namun hujan lebat di seluruh wilayah masih dijangkaka­n, dengan wilayah tengah dan utara di semenanjun­g Baja menghadapi kesannya.

Kira- kira 2,500 orang memenuhipu­satperlind­ungan di Mexico selepas ribut melanda komuniti pantai, menurut datuk bandar Comondu Venustiano Perez.

Salah satu pekan yang teruk terjejas adalah San Carlos, kampung nelayan dengan 7,000 penduduk, yang mengalami banjir teruk selepas tetambak pecah.

“Di beberapa kawasan di San Carlos, air setinggi satu meter,” menurut Pedro Garza dari Unit Perlindung­an Awam Perbandara­n.

Kira- kira 500 rumah musnah sementara beberapa keluarga yang enggan meninggalk­an rumah mereka telah dipindahka­n secara paksa, tambahnya.

Tahun lepas, Mexico dibadai serentak sepasang taufan, Ingrid dan Manuel, menyaksika­n 157 maut, jambatan musnah dan menimbuska­mpungpergu­nungan di wilayah Guerrero di pantai Pasifik. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia