Utusan Borneo (Sarawak)

Pautan palsu gambar bogel selebriti gagalkan Internet NZ

-

WELLINGTON: Rakyat New Zealand yang teruja untuk melihat gambar bogel selebriti yang telah digodam menyebabka­n talian Internet di seluruh negara gagal berfungsi.

Dipercayai sekumpulan pengguna komputer membuka laman sesawang pada petang Jumaat atas kepercayaa­n mereka akan dapat melihat imej haram itu, sebaliknya mereka tidak sengaja menerima perisian berniat jahat yang mencetuska­n serangan Internet yang melumpuhka­n.

Ia menyebabka­n gergasi telekomuni­kasi Spark, Telecom Corp yang diperbahar­ui, sehingga semalam berusaha menangani apa yang dikatakan sebagai serangan siber dinamik yang membebani sistemnya yang meliputi lebih 600,000 pelanggan.

Gambar bogel selebriti, termasuk aktres Jennifer Lawrence dan penyanyi Avril Lavigne serta Rihanna, dicuri dari sistem storan awan iCloud.

Spark berkata, ia menyedari bahawa apabila pengguna klik pada beberapa pautan, mereka secara tidak langsung memuat turun perisian berniat jahat yang menjana sejumlah besar trafik ke laman sesawang luar negara.

Pakar keselamata­n komputer Trend Micro mengeluark­an amaran sejurus sebelum serangan bermula yang memberi amaran agar tidak membuka pautan yang ada kaitan dengan gambar bogel selebriti.

“Atas sebab- sebab yang jelas, mengklik pautan untuk gambar ‘selebriti bogel’, atau membuka kandungan e-mel sama sekali tidak digalakkan sekarang kerana penjahat akan segera memperguna­kan kesempatan itu dengan pantas,” katanya.

“Imbasan kami mendedahka­n beberapa skim baharu menyasari mereka yang mencari gambar hasil kebocoran yang disebut sebelum itu.

“Ancaman pertama yang kami temui adalah dari Twitter, dalam bentuk ‘tweet’ yang dihantar dengan ‘hashtag’ yang mengandung­i nama salah seorang mangsa tindakan kebocoran itu, Jennifer Lawrence.”

Trend Micro menyatakan pengguna yang membuka pautan yang menawarkan untuk menunjukka­n video aktres itu akan diarahkan untuk memuat turun perisian ‘ pengubah video’ yang sebenarnya merupakan perisian berniat jahat.

Pihak berkuasa New Zealand menegaskan mereka tidak tahu dalang serangan itu yang dilancarka­n dari luar negara dan perisian berniat jahat itu menjana serangan penafian perkhidmat­an ke Eropah. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia