Utusan Borneo (Sarawak)

Rompak dan rogol, tujuh dihukum mati

-

KABUL: Hakim semalam menjatuhka­n hukuman mati ke atas tujuh lelaki kerana merogol bergilir-gilir empat wanita dalam kes yang mencetuska­n kemarahan umum dengan protes marah di luar mahkamah dan perbicaraa­n disiarkan secara langsung di televisyen.

Tujuh lelaki dalam kandang tertuduh itu, kesemuanya berjubah coklat, didapati bersalah menculik dan menyerang anggota wanita satu kumpulan yang dalam perjalanan pulang ke Kabul setelah menghadiri majlis perkahwina­n.

Dalam perbicaraa­n beberapa jam sahaja, hukuman mati itu secara teknikalny­a dijatuhkan atas jenayah rompakan bersenjata.

Presiden Hamid Karzai terdahulu menyeru kesemua tertuduh dihukum gantung sampai mati.

Mahkamah mendengar bahawa kesemua lelaki itu yang berpakaian seragam polis dan membawa senjata api, terdahulu menahan satu konvoi kereta pada awal pagi 23 Ogos.

Mereka menarik keluar empat wanita dari kenderaan tersebut, merompak, memukul dan merogol mereka dengan salah seorang mangsa dilaporkan sedang hamil.

“Kami pergi ke Paghman bersama keluarga kami.

“Dalam perjalanan pulang, mereka menahan kami, seorang mengacukan senjata ke kepala saya, seorang lagi merampas semua barang kemas kami dan seterusnya mereka memulakan apa yang kamu semua telah ketahui,” kata seorang mangsa yang memakai burqa kepada mahkamah.

Tepukan kedengaran di dalam selepas Ketua Polis Kabul Zahir Zahir turut menyeru kesemua tertuduh dihukum gantung.

“Kami mahu mereka dihukumgan­tungdikhay­alakramai supaya menjadi pengajaran kepada orang lain,” katanya sambil menambah, suspek mengaku selepas dua jam disoal siasat. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia