Utusan Borneo (Sarawak)

BERBISANYA ‘GAMANG’

Dua lagi terkorban setelah disengat puluhan tebuan dikenali sebagai ‘gamang’ di Kampung Tanjung Bundong, Kota Samarahan.

- Oleh Sandy Mark Luna

KOTA SAMARAHAN: Dua lagi wanita terkorban setelah disengat puluhan tebuan yang lebih dikenali sebagai ‘gamang’ oleh penduduk tempatan, selang beberapa jam Nor Sharina Sharizan, 6, menghembus­kan nafas terakhir di Hospital Umum Sarawak (HUS).

Salah seorang daripada wanita itu Sharifah Norshasyla­urati Wan Aribi, 24, yang dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 5 pagi semalam merupakan ibu kepada kanak-kanak tersebut.

Manakala Esah Ebon, 41, yang merupakan kakak ipar kepada Sharifah meninggal dunia jam 10.45 malam kelmarin.

Salah seorang anggota keluarga terdekat, Raffaiee Ebon, 39, menyifatka­n insiden itu tragedi hitam keluargany­a kerana mengorbank­an tiga insan disayangi dalam sekelip mata.

Lebih menyedihka­n apabila adiknya, Sharizan Ebon yang merupakan salah seorang mangsa dalam serangan tebuan itu, juga suami kepada Sharifah dan bapa kepada Sharina tidak dapat menghadiri pengebumia­n kerana masih ditahan di wad HUS.

“Dia berkeras mahu keluar dari wad. Tetapi saya dapat pujuk dia agar tinggal di wad dan biar saya sendiri yang menguruska­n pengebumia­n isterinya (Sharifah), anaknya, (Sharina) dan kakak kami ( Esah),” katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediamanny­a di Kampung Tanjung Bundong, di sini, semalam.

Raffaiee menjelaska­n, keadaan Sharizan serta anak lelakinya yang berusia tiga tahun beransur pulih.

Bagaimanap­un katanya, anak kepada Allahyarha­m Esah yang berusia lapan tahun dan menghidap penyakit darah tinggi sejak lahir, kurang stabil.

Dalam insiden sekitar jam 11 pagi kelmarin, Sharizan, isteri dan dua anak mereka serta kakaknya serta anak saudaranya pergi ke seberang sungai di Kampung Tanjung Bundong untuk mencari pucuk nipah bagi membalut kuih.

Selepas mengambil daun nipah terakhir sebelum berangkat pulang, tiba-tiba Sharizan menyedari puluhan tebuan mengerumun­i kepalanya dan terus terjun ke dalam sungai bagi menyelamat­kan diri.

Bagaimanap­un, Sharizan kemudian naik semula ke sampan untuk menyelamat­kan keluargany­a dan nampak isteri serta kakaknya berusaha melindungi anak-anak kecil daripada serangan tebuan tersebut.

“Dia mula menghidupk­an enjin sangkut dan balik ke seberang sini.

“Setibanya di kawasan rumah, Sharizan yang membelakan­gkan saya sambil menarik sampan ke tebing sungai meminta bantuan saya untuk menghantar mereka ke hospital.

“Ketika itu saya berasa agak hairan kerana lazimnya dia memandu sendiri jika hendak ke mana-mana, sehinggala­h dia menoleh ke arah saya dan saya ternampak mukanya begitu kembang (bengkak) akibat disengat gamang.

“Selepas itu, baharu saya ternampak kakak saya dan kakak ipar (Sharifah) melangkah lemah dan terhuyung-hayang, juga kembang-kembang disengat,” katanya Raffaiee.

Raffaiee sempat mengambil ubat Panadol di dalam peti ais untuk diberi kepada anakanak saudaranya sebelum bergegas menghantar mereka ke Klinik Kesihatan Kota Samarahan dan seterusnya ke Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak.

“Hati saya berdebar-debar kerana tebuan masih berterbang­an di dalam van saya tetapi saya gagahkan diri kerana saya mahu mereka mendapatka­n rawatan di hospital secepat mungkin,” katanya.

Katanya Allahyarha­m Esah menyara kehidupann­ya serta tiga orang anak dalam lingkungan usia lapan hingga 15 tahun dengan menjual kuih-muih. Sharizan pula bekerja sebagai penambang.

 ??  ?? HASIL: Raffaiee menunjukka­n pucuk nipah yang diperolehi Sharizan sebelum serangan gamang, kelmarin.
HASIL: Raffaiee menunjukka­n pucuk nipah yang diperolehi Sharizan sebelum serangan gamang, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia