Utusan Borneo (Sarawak)

EMPAT DISYAKI PENAGIH DICEKUP

-

KUCHING: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan berjaya menahan empat individu disyaki penagih dadah dalam satu serbuan ke atas sebuah rumah di Taman Duras, Siburan semalam.

Ketua Polis Daerah Padawan Superinten­den Pauzi Bujang berkata, dalam serbuan tersebut pihaknya turut menemui dua bungkusan kecil disyaki mengandung­i dadah jenis Methamphet­amine daripada dua suspek terbabit.

“Semasa pemeriksaa­n dilakukan, polis merampas dua bungkusan kecil mengandung­i ketulan kristal disyaki dadah jenis Methamphet­amine yang masing-masing seberat kira-kira 0.30 gram dan 0.40 gram.

“Bungkusan tersebut ditemui hasil pemeriksaa­n badan (disembunyi­kan) dua daripada suspek terbabit,” kata Pauzi dalam kenyataan akhbarnya, semalam.

Beliau berkata, kesemua suspek berusia antara 27 dan 37 tahun dan tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Serbuan pada jam 8.45 pagi itu diketuai oleh Inspektor Hamim Hamzah hasil maklumat awam serta risikan polis, jelasnya.

Menurut Pauzi lagi, kesemua suspek yang tidak memiliki rekod jenayah lampau itu telah ditahan di lokap Balai Polis Siburan dan Satok sementara menunggu perintah tahanan reman.

“Semua suspek ditahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah disyaki Methamphet­amine dan Seksyen 15(1)(a)n Akta yang sama kerana sampel air kencing mengandung­i AMP/METH semasa diperiksa.

“Jika didapati bersalah, suspek boleh didenda tidak lebih RM100,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali,” tegas Pauzi.

 ??  ?? TANGKAP: Empat suspek tersebut semasa disoal siasat
polis semalam.
TANGKAP: Empat suspek tersebut semasa disoal siasat polis semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia