Utusan Borneo (Sarawak)

Mayat lelaki ditemui terapung di lautan

Mangsa yang tidak berpakaian ditemui di 26 batu nautika ke barat laut Tg Kidurong

- Oleh Ambrose Rirang

BINTULU: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia ( APMM) di sini menerima aduan Unit Keselamata­n Syarikat Murphy Oil mengenai penemuan mayat terapung di kedudukan 26 batu nautika ke barat laut Tanjung Kidurong sekitar jam 3 petang kelmarin.

APMM Bintulu mengerahka­n tujuh anggota penguatkua­saannya ketika itu menjalanka­n rondaan Ops Permai bergerak ke lokasi penemuan mayat berkenaan bagi menjalanka­n siasatan.

Menurut Ketua Penguat Kuasa Maritim Bintulu, Komander Rahim Ramli setibanya di lokasi kejadian pihaknya mendapati terdapat mayat lelaki terapung di situ tanpa pakaian.

“Berdasarka­n pemeriksaa­n, lelaki itu mempunyai ketinggian enam kaki sem-

Berdasarka­n pemeriksaa­n, lelaki itu mempunyai ketinggian enam kaki sembilan inci dan dipercayai sudah empat hari mati memandangk­an keadaan mayat mengembang dan beberapa bahagian tertentu tubuhnya koyak dipercayai

” dimakan hidupan marin. Komander Rahim Ramli Ketua Penguat Kuasa Maritim Bintulu

bilan inci dan dipercayai sudah empat hari mati memandangk­an keadaan mayat mengembang dan beberapa bahagian tertentu tubuhnya koyak dipercayai dimakan hidupan marin,” katanya pada sidang media di sini, petang semalam.

Sama ada mangsa warga tempatan atau asing masih dalam siasatan memandang- kan perairan maritim negara turut bersempada­n dengan negara-negara jiran.

Anggota APMM bertindak mengambil mayat itu dan membawanya ke jeti Kampung Jepak di sini dan tiba pada jam 9 malam kelmarin sebelum membawa mayat mangsa ke Unit Forensik Hospital Bintulu bagi bedah siasat.

Kes itu dikendalik­an APMM memandangk­an bidang kuasa mereka selaku penguat kuasa di laluan maritim serta kawasan sekitar perairan negara.

Rahim menggesa sesiapa ada kehilangan ahli keluarga atau rakan menghubung­i bilik operasi APMM Bintulu menerusi talian 086314087/086-314024.

 ??  ?? TERAPUNG: Anggota APMM Bintulu mengangkat mayat mangsa selepas tiba di jeti Kampung Jepak, malam kelmarin.
TERAPUNG: Anggota APMM Bintulu mengangkat mayat mangsa selepas tiba di jeti Kampung Jepak, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia