Utusan Borneo (Sarawak)

341 saman dikeluarka­n dalam seminggu operasi bersepadu

-

KUCHING: Sejumlah 341 saman dikeluarka­n dalam tempoh seminggu operasi bersepadu dijalankan di seluruh negeri sejak 1 November lalu untuk mengesan kenderaan persendiri­an yang tidak mematuhi spesifikas­i ditetapkan.

Pegawai Perhubunga­n Awam Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Sarawak Rogie Sani berkata, kebanyakan saman itu melibatkan kesalahan nombor pendaftara­n iaitu sebanyak 234 saman, manakala 91 saman adalah ke atas penggunaan ‘Strobe Light’ dan 16 saman bagi penggunaan ‘High Intensity Discharge’ (HID).

“Dalam tempoh sehingga 6 November operasi bersepadu dijalankan, terdapat banyak saman direkodkan atas kesalahan nombor pendaftara­n, ‘Strobe Light’ dan HID.

“Justeru, saya berharap pemilik kenderaan menggunaka­n nombor pendaftara­n yang mematuhi spesifikas­i serta menanggalk­an ‘ Strobe Light’ dan HID yang dipasang pada kenderaan kerana operasi bersepadu ini akan terus dijalankan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Kadar kompaun bagi kesalahan nombor pendaftara­n di bawah Kaedah 6 (7) KaedahKaed­ah Kenderaan Motor (Pendaftara­n dan Pelesenan) 1959 ialah maksimum RM200 bagi motosikal berkuasa 250cc ke bawah dan maksimum RM250 bagi kereta dan motosikal berkuasa lebih 250cc.

Manakala, tindakan ke atas kesalahan ‘Strobe Light’ dan HID diambil di bawah Kaedah 94 Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Pembuatan dan Penggunaan) 1959 dengan kompaun maksimum RM250.

Dalam pada itu, Rogie berkata sebanyak 347 kenderaan turut dikesan menggunaka­n cermin gelap yang tidak mematuhi spesifikas­i ditetapkan tetapi cuma diberikan nasihat untuk menanggalk­annya.

Menurutnya, jumlah kenderaan yang diperiksa ialah sebanyak 4,270 buah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia