Utusan Borneo (Sarawak)

Dua buruh warganegar­a asing dipenjara 21 hari, tiga bulan

-

MIRI: Dua buruh warga asing dalam dua kes berasingan masing-masing dijatuhi hukuman penjara 21 hari dan tiga bulan oleh Mahkamah Sesyen, di sini semalam.

Herman Katong, 19, dan Azman Marsulam, 27, keduaduany­a dari Indonesia didakwa mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) dan dihukum di bawah Seksyen 6 (3) akta yang sama.

Mengikut kesalahan ini, kedua-dua tertuduh boleh didenda RM10,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali serta boleh disebat sehingga enam kali jika sabit kesalahan.

Berdasarka­n kes pertama, mahkamah diberitahu Herman ditahan jam 6 petang, pada 28 Oktober lalu di sebuah rumah tidak bernombor di Ladang 3, Jalan Persekutua­n Miri-Bintulu untuk tujuan pemeriksaa­n kerana dipercayai warga asing.

Ketika disoal siasat polis, tertuduh gagal mengemukak­an sebarang dokumen perjalanan sah membenarka­n dia memasuki dan tinggal di negeri ini.

Manakala dalam kes kedua, Azman ditangkap jam 5.10 petang, pada 27 Oktober lalu di pekarangan Balai Polis Bekenu kerana didapati melakukan kesalahan serupa.

Bagi kesalahan itu, Herman dijatuhi hukuman penjara 21 hari manakala Azman dipenjara tiga bulan dan dikenakan sekali sebatan.

Mahkamah turut memerintah­kan kedua-dua tertuduh dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk dihantar pulang ke negara asal mereka sebaik selesai menjalani hukuman penjara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia