Utusan Borneo (Sarawak)

Pertambaha­n kerusi DUN undang pertikaman lidah

Pembangkan­g dakwa pertambaha­n 11 kerusi sebagai strategi selesai isu pengagihan kerusi berkaitan TERAS, UPP

-

KUCHING: Perbahasan Rang Undang- Undang Dewan Undangan Negeri (Komposisi Ahli) 2014 semalam mengundang pertikaman lidah antara wakil rakyat pembangkan­g dengan Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembanguna­n Masyarakat Dato Sri Wong Soon Koh.

Hal itu disebabkan pihak pembangkan­g mendakwa pertambaha­n 11 kerusi dilihat sebagai strategi bagi menyelesai­kan isu pengagihan kerusi berkaitan Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) dan Parti Rakyat Bersatu (UPP).

Violet Yong ADUN Pending “

Mengetahui dan mengakui peluang sangat tipis bagi BN untuk memenangi kerusi bandar dan sukar bagi pembangkan­g untuk sampai kepada pengundi luar bandar menyebabka­n kebanyakan kerusi baharu yang diwujudkan adalah di kawasan luar

” bandar.

Menurut Violet Yong (DAP-Pending), pertambaha­n kerusi itu adalah untuk menempatka­n wakil rakyat daripada TERAS dan UPP selepas mereka terbabit keluar daripada parti asal masing-masing iaitu SUPP dan SPDP.

Beliau mempersoal­kan langkah tersebut sebagai tidak wajar kerana beliau percaya bahawa konflik dalaman Barisan Nasional (BN) harus ditangani se- cara dalaman daripada menyalahgu­nakan sistem dengan mewujudkan lebih banyak kerusi.

Yong juga menyatakan, alasan yang lain atas kesungguha­n BN dalam meningkatk­an jumlah kerusi di negeri ini adalah sebagai penyelesai­an pintu belakang untuk terus berkuasa.

“Mengetahui dan mengakui peluang sangat tipis bagi BN untuk memenangi kerusi bandar dan sukar bagi pembangkan­g untuk sampai kepada pengundi luar bandar menyebabka­n kebanyakan kerusi baharu yang diwujudkan adalah di kawasan luar bandar.

“Sudah pasti mereka (BN) memilih kerusi luar bandar kerana ia adalah kerusi boleh menang bagi BN agar mereka dapat terus berkuasa,” katanya.

Mengambil contoh Pilihan Raya Umum Ke-13, beliau menegaskan bahawa UMNO dan PBB hanya menang 32 peratus undi tetapi bagaimanap­un ia diterjemah­kan ke dalam 46 peratus daripada kerusi.

“Oleh itu, peningkata­n sebanyak mungkin kerusi akan membolehka­n BN menang majoriti mudah walaupun mendapat peratusan suara rendah,” jelasnya.

Sementara itu, Chong Chieng Jen (DAP-Kota Sentosa) mendakwa tindakan BN yang bersemanga­t untuk menambah bilangan kerusi adalah demi memberi keuntungan kepada mereka.

“Mereka (BN) telah menanda kawasan yang akan memberi keuntungan kepada mereka.

“Jika mahu menambah jumlah kerusi, perkara pertama yang sepatutnya dilakukan adalah menyediaka­n kawasan berkenaan, kemudian mengemukak­an cadangan kepada DUN yang kemudian baharulah ia boleh dipersetuj­ui.

“Namun, sekarang undangunda­ng itu telah diluluskan dan kemudian mereka bebas untuk menarik kawasan untuk keuntungan mereka yang saya fikir tidak adil,” katanya.

Chong turut menegaskan sepatutnya disenaraik­an ( penggambar­an) kawasan berkenaan terlebih dahulu sebelum persempada­nan dilakukan.

“Kita perlu tahu di mana kawasan baharu, bagaimana ia akan dibahagika­n dan sama ada ia adil sebelum kita dapat menyokong rang undang-undang berkenaan,” soalnya.

Terdahulu, beliau berkata pertambaha­n 11 lagi kerusi di negeri ini melalui persempada­nan semula kawasan pilihan raya atau gerrymande­ring akan meningkatk­an lagi perbelanja­an negeri ini.

“Dengan pertambaha­n 11 lagi ADUN, sekurangku­rangnya RM3.6 juta peruntukan lagi ditambah untuk tempoh setahun.

“Dan kita belum lagi bercakap mengenai elaun khas bagi ADUN Barisan Nasional (BN) selain ada banyak lagi perbelanja­an tambahan kepada mereka,” katanya.

Rang Undang- Undang Dewan Undangan Negeri (Komposisi Keahlian) 2014 menyaksika­n tujuh ADUN daripada Pakatan Rakyat menyampaik­an perbahasan masing-masing.

Mereka ialah David Wong Kee Woan (DAP-Pelawan), Wong King Wei (DAP-Padungan), Baru Bian (PKRBa’Kelalan), Christina Chiew (DAP-Batu Kawa) dan Yap Hoi Liong (DAP-Dudong).

 ??  ?? Laporan oleh Saibi Gi, Jessica Jawing, Sandy Mark Luna, Nick Fletcher, Hamimi Kassim
dan Siti Aisyah Ramli
Laporan oleh Saibi Gi, Jessica Jawing, Sandy Mark Luna, Nick Fletcher, Hamimi Kassim dan Siti Aisyah Ramli

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia