Utusan Borneo (Sarawak)

Lapan klinik patuhi semua peraturan, menunggu OP

Ia juga dijamin penuhi pematuhan termasuk aspek keselamata­n, hanya mengalami masalah teknikal

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Kesemua lapan klinik yang dikatakan beroperasi tanpa Permit Kependuduk­an ( OP) di Sarawak adalah mematuhi semua peraturan ditetapkan dan kini dalam proses menunggu OP berkenaan.

Menteri Muda Kesihatan Awam Datuk Dr Jerip Susil memberi jaminan premisprem­is klinik kesihatan itu juga telah memenuhi semua pematuhan termasuk daripada aspek keselamata­n dan kini hanya mengalami masalah teknikal dari segi masa.

“Segala peraturan yang ditetapkan oleh agensi-agensi berkaitan termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat, pihak berkuasa tempatan (PBT) memang sudah dipatuhi cuma kesemua prosedur ini memakan masa untuk dilaksanak­an.

“Meskipun ia belum mendapat permit kependuduk­an lagi tetapi kesemua langkah-

Segala peraturan yang ditetapkan oleh agensi-agensi berkaitan termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat, pihak berkuasa tempatan (PBT) memang sudah dipatuhi cuma kesemua prosedur ini

” memakan masa untuk dilaksanak­an. Datuk Dr Jerip Susil Menteri Muda Kesihatan Awam

langkah keselamata­n dan perlindung­an sudah diambil dan berharap kita akan dapat menyelesai­kan kesemuanya pada Jun tahun depan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Menurut Dr Jerip, situasi itu berlaku tanpa permit kerana selesai sahaja kontraktor membina premis berkaitan, jabatan terus melengkapk­an peralatan dan kakitangan untuk memberi perkhidmat­an, yang dilihat amat diperlukan.

“Sejurus sahaja bangunan siap, jabatan kita dengan segera melengkapk­an peralatan dan kakitangan untuk menyediaka­n perkhidmat­an tetapi ia tidak bermakna kami beroperasi secara haram.

“Tidak ada isu ia beroperasi secara haram kerana kami mematuhi kesemua peraturan dan syarat yang ditetapkan agensi berkaitan cuma kini kami hanya menunggu masa untuk permit sahaja,” tegasnya.

Malahan katanya, pematuhan dan permohonan OP itu telah dilakukan sejak jabatan menduduki premis yang berkaitan dan ia mengambil masa yang lama kerana perlu mengikut prosedur selain perlu melalui pelbagai agensi.

Beliau turut memberitah­u bahawa selain lapan klinik kesihatan berkenaan, Hospital Sarikei juga antara yang belum menerima permit berkenaan walaupun sudah beroperasi sepenuhnya tetapi mematuhi semua peraturan yang ditetapkan.

Sementara itu Laporan Audit Negara yang disiarkan kelmarin menyatakan lapan klinik kesihatan di Sarawak telah beroperasi tanpa OP dalam jangka masa setahun dan dua tahun setengah.

Menurut siri ketiga laporan 2013 itu, antara klinik berkenaan termasuk Klinik Batu Kawa, Braang Bayur, Asajaya, Samarahan, Betong, Bario, Long Lama dan Jepak yang beroperasi tanpa permit kependuduk­an dalam tempoh 256 hingga 922 hari. KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem semalam menerima kunjungan hormat daripada Council of Administra­tive Affairs for the Judiciary (CAAJ), Kesultanan Oman di pejabatnya, Aras 5, Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini.

Delegasi tersebut diketuai oleh Ketua Perancanga­n CAAJ yang juga Hakim Mahkamah Rayuan Sheikh Badar Mohsin Al Rashdi.

Beliau turut ditemani Ketua Pelaksanaa­n Huku- man CAAJ Sheikh Mazin Saud Al Maashari, Jurutera IT CAAJ Aws Nasser AlHouti dan Ketua Pegawai Eksekutif Zubair Corporatio­n ( SAINS Partner) Rogeh Hajj.

Kunjungan hormat terhadap Ketua Menteri itu merupakan acara terakhir dalam rangka lawatan selama tiga hari CAAJ yang tiba pada 9 November lalu.

Tujuan utama lawatan delegasi tersebut ke negeri ini adalah bagi melawat dan melihat sendiri kelebihan Mahkamah Tinggi Kuching yang telah menerima anugerah daripada Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) bagi ‘Court Solution’ sebagai tapak rujukan pelanggan.

Pada masa sama, lawatan CAAJ itu juga bagi mengesahka­n kebolehan SAINS kepada majlis itu.

Turut hadir ialah Penasihat Undang-Undang Negeri Datuk J.C. Fong dan Ketua Pegawai Eksekutif SAINS Dato Teo Hieng Hiong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia