Utusan Borneo (Sarawak)

Tender projek pembinaan hospital baharu Sri Aman dibuka Disember

-

SRI AMAN: Tender projek pembinaan hospital baharu di Sri Aman mula dibuka pada Disember depan.

Menteri Muda Pembanguna­n Luar Bandar dan Menteri Muda Perumahan Datuk Francis Harden Hollis berkata ketika ini pihak terbabit sedang menyediaka­n dokumen tender bagi membina hospital berkenaan.

Menurutnya, Unit Perancanga­n Ekonomi ( EPU) Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak sudah bermesyuar­at mengenai projek pembinaan hospital itu pada minggu lalu.

“Hasilnya tender itu akan diiklan pada Disember depan untuk membolehka­n kerja- kerja pembinaan hospital baharu itu bermula,” katanya.

Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika membalas kenyataan dikeluarka­n Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sri Aman Leon Jimat Donald berkaitan isu projek tersebut dalam sebuah akhbar tempatan baru-baru ini.

Selain itu, tindakan Leon membangkit­kan isu itu hanyalah semata-mata bagi tujuan publisiti demi mengangkat namanya dan DAP di kalangan rakyat di Sri Aman.

“Taktik pembangkan­g sememangny­a seperti itu. Mereka cuba membangkit­kan isu panas berhubung projek kerajaan di media massa demi meraih sokongan politik rakyat,” katanya.

Justeru itu, beliau berharap rakyat di Sri Aman tidak mudah terperdaya dengan helah digunakan DAP bagi memancing undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia