Utusan Borneo (Sarawak)

Awang Tengah akan lihat secara menyeluruh laporan pengaudita­n TMP

-

KUCHING: Menteri Perancanga­n Sumber dan Alam Sekitar Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan akan melihat secara menyeluruh laporan tentang pengaudita­n ke atas Tanjung Manis Integrated Port Sdn Bhd (TMP).

Beliau enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu dan laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri 3 itu menjelaska­n bahawa TMP mencatat hutang dagangan yang semakin meningkat iaitu menjangkau RM3.65 juta.

“Saya perlu meneliti (lapo- ran) terlebih dahulu (sebelum mengulas),” katanya yang juga pengerusi Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) ketika ditemui pemberita selepas Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.

Antara lain laporan ketua audit negara itu menjelaska­n bahawa kos operasi TMP juga didapati meningkat 33 peratus pada 2013 berbanding tahun sebelumnya manakala perolehan syarikat itu pula tidak mematuhi prosedur kewangan.

PUSAKA mengambil alih 100 peratus pegangan saham ke atas TMP pada 2009 dan kerajaan negeri melantik ia sebagai operator kepada Lembaga Pelabuhan Tanjung Manis yang baharu ditubuhkan pada Julai 2012.

Aktiviti utama TMP adalah untuk mengoperas­i, mentadbir dan mengurus terminal Tanjung Manis di samping melengkapi pengurusan pelabuhan negeri dan menambah aktiviti-aktiviti pelabuhan sebagai transit keluar dan masuk kapal bagi wilayah tengah.

Sebagai langkah penambah- baikan dan memantapka­n lagi operasi serta prestasi syarikat selaras dengan objektif penubuhann­ya, pengurusan TMP disyor supaya meningkatk­an pemantauan dalam pelaksanaa­n Sistem Pengurusan Pelabuhan.

Malahan menurut laporan itu, Manual Polisi serta Prosedur Pengurusan Kewangan dan peraturan berkaitan pentadbira­n dan pengurusan kewangan pula perlu disediakan.

Tindakan tegas perlu diambil bagi memungut tunggakan hutang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia