Utusan Borneo (Sarawak)

Chiew menyalak pada pokok salah ketika minta gaji Wong dipotong

-

KUCHING: ADUN Kidurong (DAP) Chiew Chiu Sing dikatakan menyalak pada pokok yang salah ketika menyampaik­an usul pada sesi Persidanga­n Dewan Undangan Negeri di sini, semalam.

Dalam usulnya yang ditolak Speaker Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, ahli pembangkan­g itu telah menuntut agar gaji Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembanguna­n Masyarakat Dato Sri Wong Soon Koh dipotong RM100 kerana gagal menjalanka­n tugasnya di Bintulu.

Mengulas mengenai usul peribadi Chiew itu, Wong berkata beliau amat terkejut bahawa ADUN Kidurong yang juga Ahli Parlimen Bintulu itu sangat jahil mengenai perkara berkenaan walaupun sudah beberapa penggal menjadi wakil rakyat.

“Beliau (Chiew) berkata di bandar Bintulu, longkang telah tersumbat, rumput tidak dipotong, sering berlaku banjir, sampah tidak dikutip dan banyak lagi sambil mengusulka­n agar gaji saya dipotong RM100 sebulan pada kadar segera.

“Jelas, beliau sangat jahil bahawa semua ini adalah bukan di bawah kementeria­n saya tetapi di bawah pentadbira­n Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA).

“Saya tidak mempunyai kuasa dan ia juga bukan tugas saya untuk melihat kepada bandar Bintulu kerana secara langsung ia adalah di bawah BDA,” katanya ketika ditemu bual, semalam.

Menjelas lanjut, Wong berkata BDA termasuk Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) di sini adalah bukan di bawah kementeria­nnya tetapi dengan Pejabat Ketua Menteri.

“Malangnya kerana mahu sangat memberi serangan peribadi ke atas saya, beliau (Chiew) langsung tidak melengkapk­an diri dengan pengetahua­n tersebut dan bagi saya, ia adalah sesuatu yang tidak munasabah,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia