Utusan Borneo (Sarawak)

Bangunan tambahan BSTS bernilai lebih RM3 juta

Projek itu melibatkan pembinaan bangunan tambahan termasuk bilik darjah dan dua kolam renang

- Oleh Sudan Ajang

MIRI: Borneo Safety Training Services Sdn Bhd (BSTS), penerima pertama sijil Offshore Petroleum Industry Training Organisati­on ( OPITO) United Kingdom semalam melakukan acara pecah tanah bagi tujuan pembinaan bangunan tambahan.

Pengarah Urusannya Ramina Tadam melakukan majlis pecah tanah dengan berkat doa daripada Pastor Kanan Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) Bukit Kanada Reverend Robinson Simunyi sambil disaksikan pegawai kanan BSTS termasuk Pengarah Urusan Raymond Tan Chui Guan.

Menurut Tan, projek bernilai lebih RM3 juta itu melibatkan pembinaan bangunan tambahan termasuk

Dengan adanya 30 bilik darjah dan dua kolam renang, kita dapat melatih 12,000 orang dalam pelbagai kemahiran antaranya keselamata­n pekerjaan, kesihatan dan perkhidmat­an runding untuk industri minyak dan gas, pembinaan marin, pengeluara­n dan

” industri lain berkaitan. Raymond Tan Chui Guan Pengarah Urusan

bilik darjah dan dua kolam renang.

“Bangunan itu akan mempunyai 30 bilik darjah dan dijangka siap penghujung tahun depan manakala kolam renang dalam tempoh tiga bulan.

“Dengan adanya 30 bilik darjah dan dua kolam renang, kita dapat melatih 12,000 orang dalam pelbagai kemahiran antaranya keselamata­n pekerjaan, kesihatan dan perkhidmat­an runding untuk industri minyak dan gas, pembinaan marin, pengeluara­n dan industri lain berkaitan,” katanya.

Tan menambah, misi utama BSTS adalah untuk melatih seramai mungkin pelatih di kalangan anak tempatan untuk meningkatk­an kemahiran mereka seterusnya membantu program industri Sarawak.

Selain di Miri, BSTS mempunyai cawangan baharu di Sabah dan kerja-kerja pembinaan dijangka bermula mulai tahun depan.

Apabila siap nanti pusat itu akan mempunyai 10 bilik darjah dan sebuah kolam renang.

Ditubuhkan pada 2001, BSTS menyediaka­n khidmat perunding dan kepakaran latihan untuk pelatih dalam dan luar negara termasuk dari China, Korea, Jepun, Singapura, Belanda, Kazakhstan dan Timur Tengah.

 ??  ?? SIMBOLIK: Ramina melakukan acara pecah tanah sambil disaksikan Robinson (tiga kanan) dan Tan serta kakitangan BSTS yang lain.
SIMBOLIK: Ramina melakukan acara pecah tanah sambil disaksikan Robinson (tiga kanan) dan Tan serta kakitangan BSTS yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia