Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita harus berganding bahu dengan lelaki memacu negeri

-

SRI AMAN: Wanita harus berganding bahu dengan lelaki untuk menyumbang dan memacu pembanguna­n negeri ini.

Setiausaha Politik Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Saifudin Matsah berkata wanita hari ini membentuk sumber tenaga kerja besar dan memanfaatk­an program-program pembanguna­n negara.

“Kita tidak boleh menganggap wanita hanya sesuai berada di dapur sahaja. Ini kerana ramai wanita hari ini berjaya menyandang ja- watan penting dalam sektor kerajaan, swasta malah sudah terbukti menjadi pemimpin negara.

“Ini membuktika­n kaum wanita tidak lagi dipandang rendah malah kemampuan wanita setanding dengan lelaki,” katanya pada penutupan Seminar Wanita Anti Jenayah ( WAJA) anjuran Majlis Pembanguna­n Wanita dan Keluarga (MPWK) Parlimen Batang Lupar di Kampung Beladin.

Saifudin menggesa lebih ramai wanita melibatkan diri dalam pelbagai program pembanguna­n kerajaan untuk memastikan kemampuan sumber manusia negara dimanfaatk­an sepenuhnya.

“Pembabitan wanita masih amat diperlukan khususnya dalam sektor pendidikan dan ekonomi,” katanya.

Pengerusi MPWK Batang Lupar Zuraida Julai berkata program itu adalah untuk meningkatk­an pengetahua­n wanita yang terdedah kepada ancaman menjadi mangsa keldai dadah, jenayah siber, keldai akaun, keganasan rumah tangga, gangguan seksual dan perdaganga­n manusia.

“Selain itu, ia untuk memberi maklumat kepada masyarakat tentang saluran, aduan dan bantuan disediakan kepada mangsa,” katanya.

Hadir sama dua penceramah iaitu Penolong Pegawai Antidadah Daerah Kuching Sapini Jalani dan Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Betong Abdul Shamat Khasim, Pengerusi MPWK Parlimen Batang Lupar merangkap Pegawai Penyelaras DUN Lingga Zuraida Julai serta pembantuny­a Zeliha Jamal.

 ??  ?? SEMINAR: Saifudin (duduk, dua kanan), Zuraida (duduk kanan), Sapini (tiga kanan) bersama peserta seminar.
SEMINAR: Saifudin (duduk, dua kanan), Zuraida (duduk kanan), Sapini (tiga kanan) bersama peserta seminar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia