Utusan Borneo (Sarawak)

Acara amal ‘Walk For Smiles’ berjaya kumpul RM43,000

-

MIRI: Jawatankua­sa Projek Amal Lelangit dan Bibir Merekah dan Hospital Columbia Asia Miri (HCAM) berjaya mengumpul sejumlah RM43,000 melalui acara amal berjalan kaki ‘ Walk For Smiles’ di sini pada 28 September lalu.

Pengurus Besar Wilayah HCAM Yeoh Kim Looi berkata lebih separuh kutipan itu iaitu RM28,000 disalurkan ke dalam dana Persatuan Lelangit dan Bibir Merekah Malaysia (CLAPAM) untuk membiayai kos pembedahan dan rawatan pembedahan lelangit dan bibir sumbing.

Beliau berkata ekoran ke- jayaan acara itu, HCAM serta jawatankua­sa lelangit dan bibir merekah akan mengadakan jogaton pada Oktober tahun depan.

“Acara bertujuan mengutip dana itu dijangka melibatkan jarak sejauh 10 kilometer. Justeru, kita berharap mendapat sambutan masyarakat,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Yeoh mewakili Columbia Asia berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program itu khususnya penyumbang utama seperti Kalady Luxury Feruni Ceramiche Sdn Bhd menaja RM7,500 untuk 500 helai kemeja-T.

Sementara itu, Yeoh memberitah­u Projek Amal Lelangit dan Bibir Merekah edisi ke-16 akan diadakan pada pertengaha­n 2015.

Projek itu terbuka kepada mereka yang mengalami masalah bibir dan lelangit merekah daripada keluarga berpendapa­tan RM2,000 ke bawah khususnya mereka yang tinggal di luar bandar.

Individu yang layak boleh mendaftar untuk mendapatka­n rawatan pada sesi akan datang di Columbia Asia dengan menghubung­i 085437755 atau faks maklumat peribadi ke 085-425677.

 ??  ?? UNTUK RAKYAT: Aaron (tengah) menyampaik­an pam air kepada para tuai rumah di kawasan Majau dan Poi di Kanowit.
UNTUK RAKYAT: Aaron (tengah) menyampaik­an pam air kepada para tuai rumah di kawasan Majau dan Poi di Kanowit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia