Utusan Borneo (Sarawak)

Bilangan pelajar di IPT, TVET meningkat

Pada 2013, terdapat 65,350 pelajar lanjut pengajian meningkat kepada 73,294 pada 2014

-

KUCHING: Bilangan pelajar Sarawak yang berjaya mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) serta Pusat Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi 2014 mencatat peningkata­n berbanding tahun sebelumnya.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri ( Promosi Pendidikan Teknikal) Datu Len Talif Salleh berkata, ia merangkumi 195 institusi pengajian termasuk IPTA, IPTS dan TVET di seluruh Sarawak.

“Pada 2013, bilangan pelajar Sarawak yang melanjutka­n pengajian ke IPT dan TVET adalah sebanyak 65,350 manakala bagi 2014, ia meningkat kepada 73,294.

“Kesemua jumlah tersebut merangkumi pengisian kapasiti semua 195 institusi pengajian termasuk IPT seperti IPTA dan IPTS serta TVET di seluruh negeri ini dengan jumlah kapasiti sebenar sebanyak 60,190 bagi IPT serta 27,780 bagi institusi latihan kemahiran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ra-

Kesemua jumlah tersebut merangkumi pengisian kapasiti semua 195 institusi pengajian termasuk IPT seperti IPTA dan IPTS serta TVET di seluruh negeri ini dengan jumlah kapasiti sebenar sebanyak 60,190 bagi IPT serta

kemahiran.” 27,780 bagi institusi latihan Datu Len Talif Salleh Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Promosi Pendidikan Teknikal)

zaili Gapor (BN-Beting Maro) pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.

Selain itu katanya, peratusan bilangan graduan di beberapa pusat latihan teknikal di Sarawak yang berjaya mendapat pekerjaan selepas enam bulan atau setahun selepas tamat pengajian juga mencatat peratusan yang memuaskan.

“Pelajar yang mendapat pekerjaan selepas enam bulan atau setahun tamat pengajian di beberapa pusat latihan teknikal termasuk Politeknik Kuching dengan peratusan sebanyak 79.6 peratus, Institut Latihan Perindustr­ian (ILP) Kota Samarahan (77.1 peratus), Institut Kemahiran MARA Kuching (44.4 peratus) dan Kolej Antarabang­sa Teknologi Lanjutan Sarawak (ICATS) dengan 65.64 peratus,” katanya.

Sehubungan itu, jelas beliau lagi, jumlah kemasukan keseluruha­n pelajar Sarawak bagi mengisi kapasiti sedia ada di kesemua institusi pengajian di negeri ini pada 2013 adalah sebanyak 44,131 dengan peratusan pengisian sebanyak 72.8 peratus bagi IPT dan 76.4 peratusan pengisian bagi pelajar yang memasuki TVET dengan 21,219 pelajar.

Dalam perkembang­an lain, Jabatan Kesihatan Negeri bercadang menaik taraf Klinik Kesihatan Nanga Mendamit menerusi Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) pada tahun depan.

Menteri Muda Kesihatan Awam Datuk Dr Jerip Susil ketika menjawab pertanyaan Paulus Palu Gumbang (BNBatu Danau) berkata, kerja naik taraf itu adalah bertujuan menampung keperluan sedia ada.

Jelasnya, perkhidmat­an kesihatan yang ditawarkan adalah bagi menepati permintaan khidmat kesihatan untuk seramai 4,620 penduduk di situ dengan purata kedatangan harian seramai 35 pesakit.

“Selain kerja penaiktara­fan itu, kerajaan juga telah menjalanka­n kerja-kerja penyelengg­araan klinik tersebut yang melibatkan kos sebanyak RM350,508 pada 2013,” katanya.

 ??  ?? Laporan oleh
Laporan oleh

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia