Utusan Borneo (Sarawak)

K’jaan komited jaga kebajikan guru, murid

-

KUCHING: Kerajaan negeri sentiasa komited dalam memastikan kebajikan guru dan murid bukan hanya di kawasan bandar, malah di kawasan pedalaman di seluruh negeri ini dijaga.

Perkara tersebut ditegaskan Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Pembanguna­n Keluarga, Rosey Yunus selain memberitah­u, beberapa jenis bantuan serta elaun telah diperuntuk­kan khas bagi meringanka­n bebanan warga pendidik mahupun anggota bukan guru di kawasan pedalaman.

Antaranya jelas beliau, Elaun Khas Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan ( EKMLTK) dan Bayaran Insentif Pedalaman ( BIP) yang bertujuan menampung kekurangan fasiliti dan prasarana di kawasan terbabit.

“Setakat ini, EKMLTK dibayar mengikut lokasi sekolah merangkumi Sekolah Pedalaman Satu iaitu sebanyak RM500, Sekolah Pedalaman Dua (RM1,000) dan Sekolah Pedalaman Tiga (RM1,500) setiap bulan.

“Manakala bagi insentif BIP pula, bayarannya tertakluk kepada 10 peratus daripada gaji pokok hakiki pegawai dan sebagai tambahan, kerajaan juga mengemukak­an Imbuhan Tetap Perumahan ( ITP) kepada pegawai yang diperuntuk­kan rumah yang tidak menepati kriteria rumah kerajaan di pedalaman,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Dennis Ngau ( BN- Telang Usan) pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.

Bantuan persekolah­an bagi murid di pedalaman pula jelas Rosey, antara lain merangkumi Bantuan Khas Awal Persekolah­an sebanyak RM100 untuk setiap murid, Rancangan Makanan Tambahan (RMT), Program Susu 1Malaysia (sekolah rendah), Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) yang dibahagika­n kepada Dasar Sedia Ada ( DSA) berjumlah RM200 (sekolah rendah) dan RM300 (sekolah menengah) serta bantuan e- Kasih sebanyak RM700 (sekolah rendah) dan RM900 (sekolah menengah).

“Segala kemudahan yang disediakan kepada guru dan murid di pedalaman adalah selari dengan agenda transforma­si pendidikan negara dan semestinya kerajaan akan sentiasa berusaha mengimbang­i segala cabaran dengan penuh komitmen dan dedikasi,” katanya.

Sementara itu, ketika menjawab pertanyaan berhubung keadaan bilik kelas yang usang dan kekurangan fasiliti di sekolah-sekolah di Telang Usan, beliau berkata sebanyak 21 projek dengan kos RM56.1 juta telah siap dilaksanak­an menerusi Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) di Telang Usan.

Namun, menurut Rosey terdapat lapan projek dengan kos RM5.7 juta kini masih dalam proses pembinaan membabitka­n Sekolah Kebangsaan (SK) Long Moh, SK Long Jekitan, SK Long Laput, SK Long Anap, SK Long Seridan, SK Long Jeeh dan SK Long Makabar.

“Kelewatan untuk menyiapkan kesemua lapan projek itu telah diatasi oleh pihak kementeria­n dengan menamatkan perkhidmat­an kontrak semasa dan melantik kontraktor penyiap dalam masa terdekat ini,” jelasnya.

 ??  ?? ROSEY
ROSEY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia