Utusan Borneo (Sarawak)

Pelbagai inisiatif, program sokong pembanguna­n PKS di luar bandar

-

KUCHING: Pelbagai inisiatif dan program dilaksanak­an kerajaan bagi menyokong pembanguna­n perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di kawasan luar bandar negeri ini termasuk kawasan Tamin.

Menteri Muda Pembanguna­n Perindustr­ian (Pelaburan dan Promosi) Datuk Julaihi Narawi berkata, sehingga Oktober tahun ini, seramai 226 penduduk daerah Selangau telah menerima pinjaman daripada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dengan jumlah RM570,000.

Manakala bagi pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) pula, seramai tujuh orang dari situ telah menerima pinjaman berjumlah RM31,000.

“Selain daripada bantuan kewangan disediakan institusi kewangan serta agensi kerajaan, terdapat juga bantuan lain termasuk bank komersial dari semasa ke semasa.

“Bermula pada 2012, Kementeria­n Pembanguna­n Perindustr­ian telah men- gambil inisiatif baharu iaitu dengan memperkena­lkan Program Meneroka Peluang Dalam Sektor Pedagangan dan Perindustr­ian (PMPDSPP) di mana kementeria­n bersama agensi lain seperti Unit Perancang Negeri, MITI, MIDA, MIDF, MATRADE, SME Corp, SME Bank, Jabatan Kesihatam, KPDNKK dan lain-lain telah turun padang menyebarka­n maklumat berhubung bantuan kewangan dan bukan kewangan yang ditawarkan oleh kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Joseph Mauh Ikeh ( BNTamin) pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.

Terdahulu, Joseph bertanyaka­n perancanga­n kerajaan bagi membantu penduduk luar bandar dalam membangunk­an PKS di Sarawak termasuk DUN Tamin.

Tambahnya, sejak dimulakan pada tahun 2012 hingga Jun 2014, seramai 7,593 PKS Sarawak telah menyertai PMPDSPP dalam bentuk seminar.

“Untuk makluman yang berhormat Tamin, program ini telah diadakan di Sibu pada bulan Jun yang lepas dengan penyertaan seramai 611 orang.

“Kerajaan akan meneruskan program ini dari semasa ke semasa ke peringkat daerah, khususnya di luar bandar,” jelasnya.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai isu royalti minyak 20 peratus di antara kerajaan negri dan kerajaan persekutua­n, Julaihi memaklumka­n soalan tersebut akan dijawab oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem dalam ucapan penggulung­an beliau.

Soalan mengenai isu terbabit telah diajukan oleh Dr Abdul Rahman Junaidi (BNPantai Damai), Yap Hoi Liong (DAP-Dudong), See Chee How (PKR-Batu Lintang) dan Christina Chiew (DAP-Batu Kawah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia