Utusan Borneo (Sarawak)

Beri perhatian isu keselamata­n Ba’Kelalan, kata Baru

-

KUCHING: Isu keselamata­n di Ba’Kelalan perlu diberi perhatian sejawarnya berikutan peningkata­n individu keluar masuk sempadan kawasan itu.

Baru Bian ( PKRBa’Kelalan) berkata, sekiranya dibiarkan ia mungkin boleh menjejaska­n kehidupan masyarakat setempat dan meningkatk­an aktiviti jenayah.

Bercakap kepada media semalam, beliau kesal dengan jawapan yang diberikan Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu pada sesi soal jawab pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri semalam.

“Penyeludup­an kenderaan dan dadah di sepanjang sempadan Ba’Kelalan berleluasa seperti yang dilaporkan dalam akhbar.

“Terdapat banyak kenderaan melalui sempadan Ba’Kelalan- Long Bawan, Indonesia kini,” katanya.

Bagaimanap­un menurut- nya, Jabu gagal memberi maklumat lengkap dan situasi terkini berhubung perkara itu termasuk masa sebenar Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ).

Terdahulu Jabu memberitah­u bahawa maklumat yang diterima daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) Lawas, tidak terdapat laporan mengenai penyeludup­an kenderaan di sempadan Ba’Kelalan dalam tempoh Januari hingga Oktober tahun ini.

“Namun polis Lawas berjaya menemui lima kenderaan curi yang dilaporkan hilang di Sabah dan dibiarkan di tepi jalan di Lawas,” ujarnya.

Jabu memberi jaminan polis Lawas dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia akan menjalanka­n operasi bersama untuk menangani sebarang permasalah­an di sempadan.

 ??  ?? TUMPUAN: Baru Bian (PKR-Ba’Kelalan menjawab pertanyaan pihak media pada Persidanga­n DUN semalam.
TUMPUAN: Baru Bian (PKR-Ba’Kelalan menjawab pertanyaan pihak media pada Persidanga­n DUN semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia