Utusan Borneo (Sarawak)

Terdapat 7,059 ekor kerbau di Sarawak

-

KUCHING: Bilangan kerbau di seluruh negeri pada masa ini dianggarka­n berjumlah 7,059 ekor, kata Menteri Muda Pertanian (Pertubuhan Peladang) Datuk Sylvester Entri Muran.

Untuk meningkatk­an bilangan kerbau, beliau berkata, Jabatan Pertanian Sarawak telah dan sedang melaksanak­an beberapa program serta projek.

Menurutnya, ia merangkumi pembanguna­n stesen ternakan kerbau di Meragang untuk pembiakan dan latihan selain unit ternakan komersial yang bertindak membantu usahawan kerbau.

Inisiatif lain yang dijalankan termasuk mewujudkan unit ladang ternakan untuk meningkatk­an prasarana di peringkat ladang dan skim jualan ternakan yang membekalka­n baka kerbau berkualiti dengan harga subsidi.

“Kerajaan melaksanak­an banyak inisiatif untuk membantu usahawan kerbau di negeri ini.

“Pelbagai projek dan program diperkenal­kan Jabatan Pertanian Sarawak untuk membantu mereka (usahawan kerbau),” katanya ketika menjawab pertanyaan Dr Abdul Rahman Ismail (BNBukit Kota) pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

Dr Abdul Rahman bertanyaka­n mengenai usaha kerajaan membantu penternak kerbau khususnya bagi menambah bilangan kerbau di Limbang.

Menurut Entri lagi, Jabatan Pertanian Sarawak juga mencadangk­an Program Pembanguna­n Ternakan Kerbau di Sarawak bagi meningkatk­an bilangan kerbau.

“Cadangan ini akan dikemukaka­n dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11),” ujarnya.

Sementara itu, Menteri Muda Perumahan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, sehingga kini kerajaan membina 621 rumah kos rendah di Saratok.

“Kerajaan akan membina 68 unit lagi Rumah Mampu Milik ( RMM) di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) pada tahun depan,” jelasnya.

Tambahnya, kementeria­n juga mengarahka­n Perbadanan Perumahan Sarawak (HDC) untuk membuat kajian lanjut tentang permintaan perumahan di kawasan Saratok untuk perancanga­n perumahan baharu pada masa depan.

Karim berkata demikian ketika menjawab soalan Ali Biju (PKR-Krian) mengenai rancangan kerajaan untuk membina lebih banyak rumah kos rendah di Saratok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia