Utusan Borneo (Sarawak)

Transaksi tanah NCR boleh antara Bumiputera dari kawasan berbeza

-

KUCHING: Transaksi untuk membeli tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) kini boleh dilakukan antara Bumiputera yang berasal dari kawasan berbeza apabila Rang Undang-Undang Kanun Tanah ( Pindaan) 2014 diluluskan semalam.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu yang membentang­kan rang undang-undang itu berkata, sekarang sebarang pindahan atau transaksi tanah NCR boleh dilakukan biarpun penjual dan pembeli berbeza tempat.

Selain itu menurutnya, nasib pemilik tanah NCR juga akan lebih terjamin kerana individu tidak bertanggun­gjawab sukar melakukan eksploitas­i atau mengambil kesempatan ter- hadap tanah mereka seperti sebelum ini.

“Semua urusan dan transaksi jual beli tanah NCR adalah berdasarka­n budi bicara penjual dan pembeli, kerajaan tidak akan telibat,” katanya menggulung perbahasan bagi rang undang-undang itu pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

Sebelum diluluskan rang undang- undang itu turut dibahaskan 11 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Jabu yang juta Menteri Pemodenan Pertanian juga berkata, tanah NCR kini dapat dibangunka­n secara lebih efisien selain merancakka­n pembanguna­n di kawasan luar bandar.

“Sekarang tanah NCR dapat dimajukan secara lebih berkesan berbanding sebelum ini yang mana urusan jual beli sukar dijalankan,” ujarnya.

Beliau menjelaska­n, pindaan rang undang-undang itu tidak akan memberi kesan buruk kepada Bumiputera memandangk­an tanah yang dijual adalah untuk dibangunka­n.

Jabu turut menempelak ADUN pembangkan­g yang menimbulka­n provokasi terhadap pindaan rang undangunda­ng itu.

“Mungkin (pembangkan­g) tidak faham mengenai pindaan rang undang-undang ini yang membolehka­n tanah NCR kebanyakan­nya di luar bandar dibangunka­n.

“Sekarang kita boleh lihat masih ada tanah NCR terbiar dan tidak dibangunka­n,” jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia