Utusan Borneo (Sarawak)

Perumahan Taman Desa Ilmu memerlukan bonggol jalan

-

MIRI: Penduduk perumahan Taman Desa Ilmu, Kota Samarahan menggesa wakil rakyat di kawasan terbabit tampil menyelesai­kan masalah penduduk berkaitan pemohonan pembinaan

Salah seorang penduduk di situ memberitah­u, pihaknya telah beberapa kali memohon supaya kawasan berkenaan dibina bonggol jalan namun sehingga kini, tiada sebarang jawapan.

“Penduduk telah beberapa kali memohon pihak Majlis Daerah Samarahan (MDS) membina bonggol jalan di kawasan berkenaan namun tiada jawapan diberikan setakat ini,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Pengadu memberitah­u, kawasan berkenaan telah menjadi lokasi kerap kemalangan kerana setiap bulan sekurang- kurangnya satu hingga dua kemalangan dilaporkan berlaku.

“Untuk keselamata­n penduduk perumahan dan pejalan kaki, kami menggesa wakil rakyat sama ada Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) turun padang melihat masalah ini,” jelasnya.

Paling mengecewak­an, setiap kali aduan dibuat, pihak berkaitan memberi alasan dengan menyuruh pengadu membuat pemohonan melalui Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK).

Di samping itu kata pengadu, terdapat pemandu bersikap biadap dengan memandu laju di kawasan perumahan terbabit sehingga mengabaika­n keselamata­n orang awam.

“Pemandu dilihat me- mandu kenderaan dengan laju sehingga membahayak­an keselamata­n pemandu lain terutama jika mereka melalui jalan yang lurus,” ujarnya.

Pada masa sama, golongan remaja turut menjadikan jalan yang lurus di kawasan perumahan itu sebagai tempat untuk menguji kelajuan jentera motosikal mereka.

“Kami berharap polis membuat rondaan di kawasan ini bagi memastikan jalan perumahan ini tidak dijadikan lokasi remaja berlumba dan sebagainya,” tegas pengadu.

Menurut pengadu, dengan adanya bonggol jalan tersebut maka kelajuan pemanduan dapat dikurangka­n dan keselamata­n penduduk perumahan terbabit juga lebih terjamin.

 ??  ?? LOKASI PANAS: Kelihatan salah sebuah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di jalan perumahan Taman Desa Ilmu Kota Samarahan baru-baru ini.
LOKASI PANAS: Kelihatan salah sebuah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di jalan perumahan Taman Desa Ilmu Kota Samarahan baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia