Utusan Borneo (Sarawak)

Ambil tindakan terhadap ibu bapa abai anak

Perbuatan seumpama itu sangat mendukacit­akan ramai pihak terutama di kalangan ibu bapa

- Oleh Andy Sabang

SIBU: Ahli Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) Kaunselor Dr Ali Puji berharap ibu bapa kepada empat kanak-kanak yang ditemui ditinggalk­an di Sibu Jaya diambil tindakan sewajarnya.

Ali ketika dihubungi memberitah­u, perbuatan seumpama itu sangat mendukacit­akan ramai pihak terutama di kalangan ibu bapa.

Katanya perbuatan ibu bapa kanak-kanak terbabit wajar dikutuk agar ia tidak kembali berulang dan menu-

Pertama, saya sungguh sedih dengan insiden sebegini apatah lagi ia merupakan kejadian baharu di kalangan masyarakat

” di negeri ini amnya. Kaunselor Dr Ali Puji Ahli MDLBS

lar di kalangan masyarakat tanpa mengira kaum dan latar belakang.

“Pertama, saya sungguh sedih dengan insiden sebegini apatah lagi ia merupakan kejadian baharu di kalangan masyarakat di negeri ini amnya.

“Jadi apa yang saya harapkan ialah, pihak berkenaan harus mengambil tindakan sewajarnya, agar insiden tersebut tidak berulang lagi,” ujar beliau ketika dihubungi semalam.

Menurut Ali, buat masa ini biarlah pihak polis bersama agensi kerajaan berkaitan melakukan siasatan secara terperinci terlebih dahulu.

Orang ramai juga jelasnya, perlu menghentik­an sebarang spekulasi mengenai kejadian itu kerana ia dikhuatiri akan mengganggu siasatan.

“Apa yang lebih penting, emosi kanak-kanak ini perlu dijaga agar insiden ini tidak mempengaru­hi khususnya dari segi psikologi mereka.

“Kita juga perlu tahu, apakah yang sedang berlaku kerana dikhuatiri wujud faktor lain sebelum kelibat keempat-empat beradik ini disedari orang ramai.

“Adakah mereka ini benarbenar dihalau atau ditinggalk­an ia harus dipastikan terlebih dahulu,” jelasnya.

Justeru katanya, semua pihak harus membuka mata terutama di kalangan pasangan suami isteri yang sedang mengharung­i krisis rumah tangga.

Sebarang krisis rumah tangga yang boleh memudaratk­an masa depan anak-anak mereka harus diselesaik­an segera, tegasnya.

Pihak agensi kerajaan yang berkaitan juga harus menggandak­an lagi usaha untuk membentuk institusi kekeluarga­an yang lebih utuh.

Pada Ahad lalu, empat kanak-kanak yang berusia antara dua hingga tujuh tahun ditemui ditinggalk­an di Sibu Jaya.

Mereka kemudian dibawa ke balai polis untuk tindakan seterusnya termasuk mengesan ibu bapa mereka.

Sehingga berita ini ditulis, keempat-empat mereka telah ditempatka­n di Hospital Sibu di bawah pengawasan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

 ??  ?? DR ALI PUJI
DR ALI PUJI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia