Utusan Borneo (Sarawak)

Tanah berpaya sukarkan penduduk bina rumah di lot Kampung Muhibbah

-

MIRI: Keadaan tanah paya untuk lot sementara yang terletak di Kampung Muhibbah, Kuala Baram menjadi masalah kepada penduduk untuk mendirikan rumah di kawasan berkenaan.

Salah seorang penduduk yang enggan namanya disiarkan memberitah­u, sejak diberikan tanah lot sementara itu sehingga kini, tiada seorang pun antara mereka yang dapat mendudukin­ya.

“Kami harus membelanja­kan sekurang-kurangnya RM10,000 ke RM20,000 untuk menembok tanah terlebih dahulu sebelum mendirikan rumah,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Pengadu berkenaan memberitah­u, walaupun gembira kerana permohonan­nya diluluskan untuk mendirikan rumah di kawasan dimaksudka­n, namun belanja diperlukan adalah besar baginya terutama bagi menembok tanah.

Pengadu yang juga bekerja sebagai seorang nelayan turut menyatakan bahawa jika tiada pihak ketiga yang mengambil berat tentang masalah dihadapi itu, projek membesarka­n kawasan kampung tidak akan berjaya dan pada masa sama kawasan itu akan menjadi seperti hutan belantara yang tiada penghuniny­a.

Katanya kawasan diberikan juga kerap dilanda banjir kilat sekiranya hujan lebat dan buat masa ini tiada sistem perparitan sempurna dibuat.

Beliau turut meminta bantuan daripada pihak Jabatan Pengairan dan Saliran untuk membina parit bagi mengelakka­n banjir serta memper- baiki saliran air di kawasan tersebut.

Pada masa sama, Ketua Kampung Nordin Yusof menjelaska­n bahawa memang tiada penduduk yang mahu tinggal di kawasan dimaksudka­n kerana ia terletak di kawasan tanah paya.

Katanya pada 2011 tanah lot sementara itu diberikan kepada pemohon yang berjaya dan sehingga sekarang ia masih belum diduduki.

Nordin menyatakan semikian kerana mereka tidak mahu berbelanja lebih untuk mendirikan rumah di kawasan itu.

Antara penduduk yang mendapat tanah lot sementara itu adalah mereka yang berasal dari Kampung Masjid, Kampung Muhibbah, Kampung Batu Satu dan Tudan.

 ??  ?? TERBIAR: Beginilah kawasan lot sementara yang masih terbiar dan tiada penghuni.
TERBIAR: Beginilah kawasan lot sementara yang masih terbiar dan tiada penghuni.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia