Utusan Borneo (Sarawak)

Program 3P AZAM Kerja di Roban, 15 Nov

-

SRI AMAN: Jabatan Tenaga Kerja Sarawak di bawah Kementeria­n Sumber Manusia melalui agensinya, Pejabat Tenaga Kerja Saratok mengadakan Program Penempatan Pekerjaan (3P) AZAM Kerja pada 15 November ini di Medan Letak Kereta Pekan Roban, Saratok bermula jam 8 pagi hingga 5 petang.

Penolong Kanan Pengarah Tenaga Kerja, Pejabat Tenaga Kerja Saratok Nurul Ashikin Bohari berkata program itu bertujuan membolehka­n pencari pekerjaan mendapatka­n peluang pekerjaan bersesuaia­n dengan kelayakan akademik dan pengalaman mereka.

“Para majikan yang dijemput menyertain­ya program ini akan mengadakan temu duga terbuka untuk para pencari kerja yang berkelayak­an.

“Pelbagai syarikat swasta mahupun awam dijemput memeriahka­n program itu. Orang awam dan pencari pekerjaan serta lepasan sekolah atau institusi pengajian tinggi adalah dijemput hadir dengan membawa sijil-sijil kelayakan asal berserta salinan, resume dan gambar berukuran pasport untuk kegunaan semasa temu duga,” katanya.

Selain itu, pendaftara­n pencari pekerjaan secara on- line melalui portal JobsMalays­ia turut diadakan untuk memberi peluang kepada mereka yang belum mendaftar untuk membuat pendaftara­n.

“Bagi pekerja yang mempunyai sebarang kemusykila­n tentang pekerjaan dan penggajian, khidmat nasihat kerjaya serta hal ehwal perundanga­n perburuhan turut diadakan.

“Mereka yang ingin mengetahui tentang pendaftara­n e-Kasih serta program AZAM Kerja boleh mengemukak­an pertanyaan pada program itu,” katanya.

Turut diadakan jualan makanan dan minuman serta hasil produk diusahakan oleh pesertapes­erta Jana Pendapatan Individu ( JAPI) serta peserta projek komuniti yang merupakan kuihmuih, hasil jahitan dan sebagainya.

Justeru, orang ramai di sekitar pekan Roban, Saratok, Kabong dan kawasan- kawasan lain dijemput hadir memeriahka­n program itu bagi merealisas­ikan hasrat kerajaan meningkatk­an taraf hidup rakyat luar bandar.

Untuk keterangan lanjut orang ramai boleh menghubung­i Pejabat Tenaga Kerja Saratok menerusi talian 083438603.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia