Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki mengaku tidak bersalah curi wang RM100

-

MIRI: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini kelmarin terhadap tuduhan mencuri wang RM100 kepunyaan seorang wanita.

Chun Choi Jau, 49, dari Jalan Wong Choi, Krokop 4 1/2 di sini dituduh mencuri wang tunai RM100 kepunyaan Chong Lan Hiong, 53.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 10 pagi, 6 Oktober lalu di Sin Foh Cafe Co, Jalan Krokop di sini.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua- duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pegawai pendakwa memohon ditetapkan satu tarikh baharu perbicaraa­n kes itu memandangk­an tertuduh mengaku tidak bersalah serta minta dibicaraka­n.

Majistret Lovely Natasha Charles membenarka­n permohonan itu dan menetapkan 25 November ini untuk pengurusan kes.

Manakala tertuduh dibenarkan dibebas dengan jaminan RM1,000 berserta dua penjamin tempatan sementara menunggu tarikh tersebut.

Kalau boleh saya mahu sekolah balik, tetapi tidak

” ada duit. Mohd Yazid Bohari Anak

Walaupun usia masih mentah dan belum mengenali dunia tetapi dia terpaksa mengerah kudrat sebagai buruh di bandar untuk mendapatka­n upah RM41 sehari bagi menyara keluarga menggantik­an tanggungja­wab bapanya yang sedang sakit.

Bekas isteri Bohari yang enggan disiarkan nama oleh keluargany­a merupakan penyara kepada keluarga mereka sebelum ini.

Namun dia telah membuat keputusan untuk memilih haluan sendiri sejak setahun lalu dan berhijrah ke ibu kota bersama anak bongsu mereka yang berusia lima tahun.

“Kalau boleh saya mahu sekolah balik, tetapi tidak ada duit.

“Apa yang patut saya buat, saya buat sekadar yang termampu untuk keluarga,” kata Yazid yang turut meluahkan hasrat hati ingin menghubung­i ibunya semula.

Sebelum ini, Bohari dikatakan lumpuh sebelah kanan badannya akibat jatuh pengsan sewaktu bekerja memotong rumput di kawasan Muara Tuang.

Beliau setakat ini masih mendapatka­n rawatan susulan di hospital sebulan sekali dan mempunyai alahan terhadap makanan dan menyebabka­n badannya mempunyai bintikbint­ik merah yang gatal.

Tambah memilukan dua lagi anak Bohari yang berusia 11 tahun dan sembilan tahun seolah-olah mengerti keperitan hidup mereka dan sering berdiam diri kini.

Mereka masih bersekolah di sekolah berdekatan dengan bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM).

Bohari bersendiri­an di rumah sekiranya anak-anaknya bersekolah manakala Yazid keluar bekerja.

Bagaimanap­un rumah tempat anak-beranak itu berteduh tidak selamat untuk diduduki kerana terdapat hakisan di belakang rumahnya sejak 2011 menyebabka­n rumah itu mengalami keretakan.

“Bumbung rumah kami bocor dan terdapat juga beberapa kesan retak di beberapa sudut di dalam rumah ini, rasa tidak selamat tetapi tidak ada duit untuk membaikiny­a.

“Kami ada menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat tetapi ia tidak mencukupi,” jelas Yazid lagi.

Justeru, sebarang bantuan daripada orang ramai amatlah dihargai sama ada dalam bentuk wang atau barangan dengan menelefon ke talian 013-5630465 (Yazid).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia