Utusan Borneo (Sarawak)

Hampir hilang lengan garagara bergurau ketika mabuk

-

KUCHING: Gurau senda antara dua ipar bertukar tegang apabila salah seorang daripada mereka hampir kehilangan lengan akibat ditetak di sebuah kampung di Balai Ringin, dekat sini pada malam Ahad lalu.

Menurut sumber, dalam insiden sekitar jam 8 malam itu, mangsa yang berusia 58 tahun dan adik iparnya dalam lingkungan 40-an, masingmasi­ng dipercayai di bawah pengaruh alkohol bergurau dan saling mencabar antara satu sama lain.

Adik ipar mangsa bagaimanap­un dikatakan beredar sebelum kembali semula sambil membawa senjata tajam, dipercayai parang.

Mangsa yang masih menyangka adik iparnya itu bergurau masih sempat ketawa sehingga lelaki itu tiba-tiba menetak lengan kirinya sehingga hampir putus.

Penduduk kampung yang tergamam dengan insiden itu segera memberi pertolonga­n kepada mangsa dengan membawanya ke Hospital Serian sebelum dia dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut.

Laporan polis berhubung insiden itu telah dibuat.

Dalam kes berasingan, seorang lelaki kurang upaya dari Kampung Tabuan Lot, di sini patah tulang rusuk selepas dibelasah seorang lelaki beberapa hari lepas.

Insiden sekitar jam 3 petang itu menyaksika­n kenalan mangsa, menendang dan menumbuk OKU tersebut di hadapan sebuah rumah namun dia sempat melarikan diri.

Bagaimanap­un, mangsa ditemui pengsan tidak jauh dari lokasi kejadian dan dibawa balik ke rumah.

Mangsa hanya dihantar mendapatka­n rawatan pada keesokan harinya dan disahkan patah tulang rusuk kiri dan terpaksa menjalani pembedahan tetapi keadaannya dilaporkan stabil.

Punca kejadian tidak dapat dipastikan namun sepupu mangsa yang difahamkan menyaksika­n insiden tersebut telah membuat laporan polis bagi pihak mangsa pada Ahad lalu.

 ??  ?? BAHAYA: Kesan retak di salah sebuah sudut rumah kediaman Bohari dan anak-anaknya.
BAHAYA: Kesan retak di salah sebuah sudut rumah kediaman Bohari dan anak-anaknya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia