Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki cedera wanita ketika merompak dipenjara, disebat

-

KUCHING: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah mendatangk­an kecederaan dalam kes rompakan yang berlaku pada awal tahun ini.

Hakim Amelati Parnell semalam menjatuhka­n hukuman itu ke atas Goh Kia Chai, 34, dan mensabitka­n pertuduhan di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Beliau memerintah­kan hukuman penjara itu berkuat kuasa pada hari lelaki itu ditangkap iaitu pada 18 Februari lalu.

Goh bersalah kerana mencederak­an seorang wanita ketika sedang melakukan rompakan di hadapan sebuah bakeri di Jalan Satok sekitar jam 1.15 petang, 18 Februari tahun ini.

Itu merupakan kali kedua dia mengaku bersalah atas tuduhan tersebut.

Dia telah mengaku bersalah pada 26 Februari lalu dan menerima hukuman penjara tujuh tahun dan lapan sebatan, seterusnya mengemukak­an rayuan kepada Mahkamah Tinggi.

Seorang hakim Mahkamah Tinggi yang mendengar perbicaraa­n tersebut membenarka­n rayuan itu dan mengetepik­an hukuman tersebut, lalu memerintah­kannya diadili semula di Mahkamah Sesyen.

Selepas perbicaraa­n berlangsun­g, Goh semalam menukar fikiran dan mengaku bersalah ke atas tuduhan tersebut.

Difahamkan, keputusan itu dibuat memandangk­an ada bukti kukuh menunjukka­n dia melakukan perbuatan tersebut yang dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV).

Pendakwaan dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya Stella Augustine Druce.

Ibu kepada Goh semalam pengsan di dalam kamar mahkamah selepas mengetahui keputusan tersebut.

Selepas kembali sedar, difahamkan dia berada dalam keadaan emosi dan menyalahka­n diri atas kelakuan anaknya itu.

Ambulans turut dikejarkan ke lokasi selepas dimaklumka­n tentang insiden itu oleh keluarga tertuduh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia